Aku memang sangat berminat pasal pembinaan jaringan jalan raya atau lebuhraya terutamanya kat Malaysia nih. Aku pun tak tahu kenapa tapi memang aku sangat-sangat nak ambil tahu perkerbangan teknologi dan pembinaan jalan kat Malaysia. Tetapi bukan bermakna aku nak jadi pegawai JKR. Oh tidak. Jadi aku nak kongsi sikit minat aku mengenai lebuhraya di Malaysia. Edisi pertama nih aku hanya menyenaraikan lebuhraya-lebuhraya yang dah wujud dan yang dalam perancangan kat negara kita nih. Jangan tak tahu lak yang negara kita bukan sahaja kaya dengan flora dan fauna tetapi koleksi lebuhraya yang aku rasa teknologi dan pembinaannya setaraf dengan negara maju yang lain. Kalau nak tahu sistem lebuh raya Malaysia diiktiraf sebagai antara sistem lebuh raya terbaik di Asia selepas Jepun dan China!
Senarai Lebuhraya di Malaysia
Senarai Lebuhraya di Malaysia































(Klik pada nama lebuhraya untuk maklumat lanjut)
Kalau aku nak cerita pasal fungsi lebuhraya aku rasa tak perlu kot sebabnya semua orang boleh fikir kenapa. Bukan nak bazir duit nak megah-megah tetapi nak menghubungkan yang jauh supaya dekat, yang susah nak balik kampung jadi suka nak balik kampung, yang tak suka kesesakan lalu lintas tak payah nak fikir-fikir kelewatan. Secara kesimpulannya walaupun perbelanjaan pembinaan lebuhraya nih mahal tetapi aku rasa berbaloi untuk semua orang. Memang tak dapat dinafikan yang wujudnya lebuhraya ini sedikit sebanyak menggunakan tanah yang asalnya hutan belantara yang berharga tetapi segala kesinambungan kepada penerokaan hutan ini telah dapat diimbangi dengan program hutan di sepanjang lebuhraya. Kalau yang selalu lalu lebuhraya utara selatan PLUS mungkin perasan yang tanah kosong sepanjang lebuhraya ada ditanam pokok. Kalau tak silap pengetahuan aku pokok-pokok tersebut adalah jenis balak dan itu sebagai usaha mengimbangi penerokaan hutan akibat pembinaan lebuhraya.
Inilah serba sedikit pasal lebuhraya kat Malaysia nih. Banyak nak cerita tetapi aku simpan untuk edisi akan datang lak. Sama-sama kita menghargai lebuhraya (macam mana?) huhu. Lihat dan kata "WOW".....
Inilah serba sedikit pasal lebuhraya kat Malaysia nih. Banyak nak cerita tetapi aku simpan untuk edisi akan datang lak. Sama-sama kita menghargai lebuhraya (macam mana?) huhu. Lihat dan kata "WOW".....
*sumber
No comments:
Post a Comment