Friday, January 28, 2011

Muhasabah : Pujian vs Kritikan

Kepada diri aku dan kamu semua,

Semua orang suka dipuji dan kebanyakan mengharap untuk dipuji. pujian pasti membuahkan senyuman dan kepuasan. tetapi awas! berapa ramai orang yang beryukur mengucapkan Alhamdulillah apabila dipuji. dan berapa ramai pula yang hanyut dalam kesombongan? adakah pujian itu sebenarnya suatu kepuasan yang membawa kebaikan atau suatu ancaman yang bakal memberi kesan negatif kepada yang dipuji?  

Kritikan sering dianggap lawan kepada pujian. ramai yang tidak suka dikritik. kadang-kala kita marah apabila dikritik. kita memandang negatif akan kritikan tersebut dan ada yang tidak dapat menerima kritikan daripada orang lain. tetapi adakan kritikan ini hanya semata-mata suatu yang buruk dan memburukkan?
 

Riak : melakukan sesuatu amalan bukan kerana mengharap keredhaan Allah tetapi sebaliknya berharap dipuji orang lain

Ujub : perasaan dalam hati yang sentiasa bangga serta merasa diri sendiri lebih baik dari orang lain dan menolak kebaikan serta meremehkan orang lain  

Takabbur : sentiasa bercakap besar dan tinggi diri serta menghebahkan-hebahkan kebaikan diri sendiri kepada orang lain

~untuk renungan bersama~

No comments:

Post a Comment