Saturday, March 31, 2012

Permainan Lapar

yeay last tulis blog bulan febuari lepas. hari ni hari terakhir bulan mac jadi nak juga ada post. haha. malam semalam aku dah buat record dalam hidup aku setelah aku berjaya dengan jaya nya menghabiskan satu novel english. setelah cubaan sebelum-sebelum ni hanya setakat suku jalan atau mungkin suku daripada suku jalan. huhu. sedih betul kat diri sendiri. pemalas nak baca novel english. sebab utama adalah malas nak belek-belek kamus cari makna perkataan yang tak tahu maksud. ye la orang bodoh english. huhu. tapi kali ni aku ada cara yang lagi senang baca novel english dan dalam masa yang sama hanya perlu sentuh perkataan yang kita tak tahu maksud dalam kadar 2 saat je aku dah boleh tahu maksud perkataan tu. haha. bergaya tak!! sofistikasi kan!!!


semenjak dah ada tablet ni aku cuba dekatkan diri untuk membaca. haha. walaupun dah tua~ aku dah habiskan The Hunger Games dalam masa seminggu. (lama sebab urukan adik-adik yang baru datang huhu). cerita ni best. dan sekarang pun tengah hangat tayangan filem yang diadaptasi dari novel yang aku baca ni. pasti ramai yang tahu akan kewujudan cerita ni yang seakan cerita Battle Royal dari Jepun. novel ni adalah berbentuk first-person-view yang mengisahkan perjalanan hidup seorang perempuan dari sebuah daerah pencil (District 12) yang kemudiannya menyertai sebuah permainan realiti yang menjadi acara tahunan negara/wilayah tersebut juga melibatkan sepasang pemain lelaki dan perempuan dari setiap daerah (District 1~12). permainan tersebut memerlukan 24 pemain (Tributes) yang ditempatkan dalam satu kawasan (Arena)dan kemudiannya akan berbunuhan sesama sendiri sehinggalah tinggal seorang saja pemain yang akan dikira pemenang! permainan ini juga dirakam dan ditayangkan sebagai sebuah rancangan realiti bagi tontonan seluruh rakyat jelata.

dengar macam kejam je cerita ni kan tapi penulis novel ni Suzanne Collins pandai menggarap cerita yang bertemakan kehidupan manusia akibat perang (rebbelion) dengan menyelitkan kisah-kisah cinta, persahabatan, keluarga, benci dan dendam mahupun fesyen! sangat seronok baca sebab faham apa yang dibaca kan~ haha. lepas ni nak nengok filem pula dan nak rasa perasaan orang-orang yang baca novel Harry Potter yang menonton filemnya. rata-rata yang aku tanya ada je yang tak puas hati. biasalah cerita yang beratus-ratus muka surat nak diterjemahkan ke dalam filem yang hanya berdurasi 2 jam atau paling lama pun 2 jam 30 minit!

tak sabar nak sambung baca buku dua pula Catching Fire!