Tuesday, April 10, 2012

Menonton Sakura

dah berapa hari tak update  blog dan banyak cerita nak bagi tahu sebenarnya tapi macam tak cukup masa je nak tulis. cuma nak bagi tahu yang sabtu lepas pergi nagoya untuk daurah dan sebelum balik shiga sempat ronda-ronda bandar nagoya tu. walaupun sekejap tapi ada gak la barang yang dibelinya. coklat impot!
.
kebab kat nagoya~
dan ahad lepas, warga myKyoto berhanami kat Uji, Kyoto. lokasi yang berbeza dengan tahun lepas tapi agak sempit sebab ramai orang ditambah pula dengan gerai-gerai yang dibuka di kawasan tersebut. macam biasa la kalau dah berkumpul ramai-ramai ni, aktiviti paling best adalah makan. kali ni hanami potluck, maknanya semua yang datang tak boleh tangan kosong. mesti bawa pengunyah. dah ramai yang datang jadi banyak la juadahnya. dari mee goreng, bihun goreng, nasi beriyani, nasi lemak, kebab, popiah, kek macam-macam rasa, pizza domino's sampai la ke air yang macam-macam warna. dan dah nama pun hanami, lepas makan masing-masing sakan bergambar dengan bunga-bunga sakura. ada yang background  sakura kat depan, pastu kat belakang. ada yang menonggeng nak ambil gambar sakura. ada gak yang gaya mengunyah sakura tu. (tadi dah makan banyak pun) macam-macam perangai budak-budak malaysia. 

tapi satu aku pelik ngan orang jepun ni kan, diorang dari lahir memang kat jepun tapi masih setiap tahun keluar hanami ramai-ramai. boleh je tengok sakura yang ada depan rumah ke, atau tak bosan ke?? haha. mungkin sebab setahun sekali kan~ macam raya kat malaysia. aku bayangkan kita orang malaysia pergi berkelah menonton bunga raya ke, bunga kertas ke atau bunga tahi ayam?? hehe


macam biasa la, gambar kat SeNGeH-SeNGeH!!

2 comments:

  1. berkelah tengok bunga durian keluar blh tk agak agak?

    aaaaa. aaaaa aaaaa
    hihihi

    ReplyDelete
  2. ok gak tu. lg ok kalau berkelah tunggu durian gugur~

    ReplyDelete