Tuesday, April 3, 2012

Kurang Berat~

pergh hari ni angin memang kuat. memang menguji pendirian hidup betul. hampir-hampir tak diterbangkan. kena tambah berat lagi nih. haha. tapi seriusly angin memang kuat dan mengikut berita memang kawasan kepulauan Honshu dan Shikoku menjadi laluan kepada angin kencang yang dikhuatiri membentuk taufan! orang kata perkara ni biasa sebab perubahan musim tapi sejauh mana kebenarannya tak tahu la. tahun lepas pun berlaku gak. kesan tahun lepas tanah runtuh, banjir lumpur dan cuti sekolah. haha. hari ni tak dengar lak pengumuman cuti walaupun ramai pelajar berada di dai (Universiti) sebab minggu ni minggu ni minggu orientasi pelajar baru. aku datang dai gak tadi tapi nak buat kadai (assignment) kat lab. ingat nak balik awal tapi melihatkan angin main domino dengan basikal-basikal kat tempat parking tu, terus diam je kat lab. haha. payung seksi aku kena curi lagi kali nih. arghhh. iphone mahal-mahal tinggal kat kedai makan tak kena curi tapi payung letak kat tempat payung pun boleh diambil orang. pelik betul orang jepun nih!!!

menu baru kat RITS, kenny rogers

4 comments:

  1. sebab payung seksi tu murah jd ia boleh dikatakan "hak awam" :P

    ReplyDelete
  2. has sensei>> ye ke sensei. patutla~

    nas>> sedap mmg sedap tp kalo selalu sgt mkn muak gak. (mknn halal kat u x byk)

    ReplyDelete
  3. hmm koremo oishi kedo, karage no hou ga au kanaaaa to omotte

    ReplyDelete