Sunday, June 5, 2011

Diari : BBQ

Hari ni aku sertai parti bbq yang dianjurkan TISA. Aku dah bagi tahu TISA tu apa kan? Jadi tak perlu cerita. Aku tak nak cerita tentatif parti tu. Semua orang dah tahu. Mestilah datang dulu, duduk, 自己紹介 (berborak dengan ahli meja), panggang makanan, makan, main permainan, bergambar dan sewaktu dengan nya. (alamak dah tercerita lak). Tapi yang aku nak tekankan pasal komitmen serta usaha penganjur dalam menyediakan makanan untuk orang islam iaitu kami. Kalau fikir balik memang macam mustahil orang jepun nak buat satu parti yang majoriti orang bukan islam tetapi dalam masa yang sama nak sediakan makanan halal untuk orang islam yang minoriti. Orang nogori cakap "buang maso ngan boreh den yo".

Cerita sebenar macam ni. Selepas aku dan rakan-rakan RITS yang lain (@KAMI) sertai program TISA yang main twister tu, mereka ajak kami datang bbq. Batch kami adalah yang mula-mula menjalinkan hubungan dengan TISA ni. Jadi mereka teruja orang yang tidak bermata sepet sertai program yang mereka buat (biasa orang jepun, korea dan china je). Tapi kami beri tahu yang kami ada masalah dengan makanan terutama daging (dah tentu bbq tak kan panggang rumput je). Jadi kami seakan menolak pelawaan mereka. Aku ingatkan mereka ajak-ajak ayam je tapi mereka serius nak kami datang. Jadi mereka pun tanya macam mana nak menghalalkan parti bbq ni untuk kami. Buat mesyuarat juga la. Kami bincang pasal kami tak makan babi, daging kena sembelih, makanan dan sake•alkohol tak boleh bercampur dan macam-macam. Kami siap bagi tahu pasal tanda halal dan sebagainya. Kami ada juga cadangkan yang kami nak uruskan pasal ayam tapi mereka guna catering, jadi susah nak urus semul. akhirnya perbincangan tamat dengan mereka kata mereka cuba uruskan mana termampu.

Mula-mula aku sangsi juga mereka ni nak tunaikan tuntutan rakyat islam ni. Huhu. Jadi bila tiba hari parti kami berpakat yang kami akan pergi dan kalau tiada daging halal, makan sayur dan minum air sampai 600 yen (bayaran masuk bbq). Paling tidak enjoy kan diri dengan main permainan. (sebenarnya kan aku sebelum pergi sempat makan nasi sebab takut datang lapar je). TAPI bila sampai je aku punyalah terkejut beruk. Dekat pintu masuk parti tu ada tanda halal yang huruf arab tu. Besar kot. Gelak aku. Terkejut. Lepas tu siap bagi kamo lencana halal. Aku pun dah rasa 安心 (anshin:lega). Rupa-rupa mereka sediakan satu tempat panggang khas untuk makanan halal iaitu seafood. Yaki soba (macam mee goreng kot) masak kat tempat sama tanpa daging. Lepas tu lencana halal untuk mereka edarkan aiskrim khas untuk kami. Kelakar la. Aku tabik spring dengan usaha mereka. Mereka memang ambil tahu la. Lagi satu aku ingat kami je otang islam yang datang. Rupa-rupa yang bangladesh, indonesia dan ~~~tan (negara yang bunyi macam uzbekistan, kazastan) pun ada. Mungkin mereka dah iklankan ada makanan halal disediakan kot. Syabas untuk TISA dan aku enjoy!

mereka kuat makan

kumpulan zirah menang permainan dapat medal

みんな最高!

4 comments: