tadi aku sertai aktiviti kat 大学(daigaku:universiti) yang dikelola oleh satu team yang diorang panggil TISA. aku lupa lak TISA tu singkatan untuk apa. tapi TISA ni anjurkan program-program untuk 留学生(ryugakusei:pelajar asing). aktiviti utama yang kitorang buat, main game ツイスター atau twister dan explorace. so aku nak cerita pasal game yang kitorang main tadi. aku mula ingat game ni asal daripada jepun sebab pertama kali tahu kewujudan game ni masa tengok drama jepun. rupa-rupanya bila baca kat
wikipedia, game ni asal dari amerika dan macam-macam hal pasal game ni. dan mungkin gak lain tempat, lain la cara permainan ni kot. tapi aku nak cerita pasal game yang aku main tadi. permainan ni memerlukan macam tikar game yang besar (tikar kew?? papan kot). huhu. kat atas papan tu ada bulat-bulat yang diwarnakan dengan warna 黒,緑,赤,青 (kuro:hitam, midori:hijau, aka:merah dan aou:biru). susunan bulat-bulat warna ni aku rasa suka hati kot. warna pun optional kot. suka hati je nak warna apa.
|
contoh papan permainan |
cara nak main, first beberapa orang akan diri kat atas tikar ke papan ni. ntah la. bilangan orang ikut saiz papan game. lepas tu seoarang yang kendali game ni akan ade satu set arahan. beliau ni akan shuffle kad arahan tuh dan ambil ikut susunan selepas shuffle. arahan dia senang je. contoh; tangan kanan warna hijau. atau pun kaki kiri warna hitam. dan seumpamanya. selapas satu arahan pemain akan gerakkan tangan atau kaki diorang seperti dalam arahan. permaianan akan berterusan dan siapa yang gagal gerak macam arahan dilira kalah dan akan keluar dari permainan. semasa permaianan pemain tak boleh meletakkan anggota badan bukan pada tempatnya. contoh macam tak boleh melutut atau duduk terus. lagi satu tak boleh tolak-tolak pemain lain. itupun dikira batal. aku cerita macam ni pastu korang baca je memang tak nampak sangat. cuba korang search kat internet untuk tahu lebih lanjut.
|
zirah sempat posing dengan gaya macam tu sekali |
|
satu tempat tu selagi tercapai masuk je |
|
chong dan syak gaya memang best |
|
pergerakan suka hati tapi ikut arahan |
|
hujung jari pun boleh |
|
yang pentingnya tadi aku main tiga round dan aku berjaya bertahan sampai habis masa dan kumpulan aku juara bersama. (sebab masa final seri bilangan orang yang bertahan sampai masa habis) memang seronok main game ni. menguji flexibility badan. huhu. cuma yang perempuan kena berhati-hati gak untuk main supaya tak beraksi sangat. kalau main campur lelaki perempuan pun kena jaga lebih sedikit. faham-faham sendiri la ya.
atuk!! ahaha..atuk aku sorang ni mmg hebat kot kalo bermain.. yg mase rebut kerusi tu pun, kann
ReplyDeletemaen je. blaja hampeh~ huhu
ReplyDeletehuh! blaja hampeh??!! tte...-.- uso tsuku
ReplyDeletehampeh la konon... haha
ReplyDeletemencabar la kt sini blaja robot.. hhuhu
ReplyDelete