Monday, May 23, 2011

Diari : Minggu Punya Hujung

kelmarin sabtu sekarang isnin pagi. hari sabtu aku pergi membeli-belah kat area 三条(sanjo) , 京都(kyoto). aku pergi beli お土産(omiyage: cenderamata) untuk keluarga aku kat Malaysia. ala beli benda-benda simple untuk hantar Malaysia sebab nak hantar duit sekali. aku pergi sana dengan nadiah dan hafizah. masing-masing tak pernah pergi jadi kitorang redah je. kat sana memang best la untuk shopping kot. orang kata macam petaling street. (aku pernah pergi ke petaling street tu??). macam-macam gak beli. hampir 2万(20000¥) gak aku habiskan. huhu. tapi seriusly aku cakap yang bershopping dengan duit terhad ni memang tak best langsung. haha. dah memang kena berjimat nakbuat macam mana ek.....

ini sebahagian dari jalan yang kiri-kanan ada kedai. ada banyak lagi yang macam ni
singgah makan kat restoran makanan india, raju
 semalam hari ahad sekarang isnin pagi. aku tak keluar rumah langsung hari ahad. atau lebih sinis kalau aku cakap aku tak pijak tanah dan say hello kat matahari pun. haha malas nak keluar. zirah ada ajak pergi pesta gendang kat 野洲(yasu) tapi aku ada sebab untuk tak pergi. aku bangun "agak" lambat la. bangun-bangun je dah bau sedap. rupa-rupanya syak tengah masak nasi lemak. pergh... syak memang terbaik. nasi lemak guna susu segar pun boleh tahan gak rasanya. makan dengan telur dadar dan sambal ikan bilis. sambil makan, layan tv 40inci memang terbaik. lepas makan main game~

nasi lemak dan remote control tv yang panjang
set ruang tamu yang best. karpet pun baru. berbulu-bulu lagi.
*isnin ada kuiz math. rabu dan jumaat kena hantar report. minggu depan pula ada 中間テスト(mid-exam). tapi hujung minggu jadi malas lak. adey~*

6 comments:

  1. anta duit blk dlam parcel skali ngan brg e?

    ReplyDelete
  2. tv besar sudah ada. carpet bulu2 pun sudah ada. bila nak letak langsir kat ruang tamu tu? :D

    ReplyDelete
  3. zatt. hasparina sensei dah sound tu. beli lah langsirrr, malu lah kau upload gambar dgn baju2 sidai sekali. hahah

    ReplyDelete
  4. bifa>> a'ah. aku masukkan duit dalam sampul lepas tu selit celah-celah barang

    has sensei>> tapau kata beli langsir tahun depan

    tapau>> baju kau yang banyak tapau~

    ReplyDelete