Friday, November 25, 2011

Musim Paling Mahal

Pengalaman pertama hidup di negara yang ada musim sejuk pada awalnya sangat teruja tetapi setelah kesejukan itu semakin menerjah ke suhu negatif, pengalaman ini bagai satu mimpi ngeri lak. Walaupun belum lagi dikatakan 冬 (fuyu: musim sejuk), kesejukan kat Jepun ni dah mengusik tulang belulang aku. Tambah lak aku ni bukan pengumpul lemak! Huhu. Bukan tak suka musim sejuk ni (dalam hati tak sabar nak main salji dan snowboard) tapi aku boleh katakan yang musim sejuk ni musim yang banyak sedut duit aku. Kenapa??

1) beli pakaian
Salah satu penahan sejuk yang mandatori. Bukan setakat luar rumah tapi dalam rumah pun perlu. Aku rasa paling minimum pun kena pakai 3 lapis baju n 2 atau 3 lapis seluar. Winter coat, long john, heat-tech tight, muffler, topi, penutup telinga, glove dll. Semua benda ni makan duit dan bukan kene ada sehelai je, tambah lak kalau jenis yang nak berfesyen. Takkan hari-hari pergi kelas pagi sweater sama je. Tak berfesyen la! Haha. Adeyh, lepas ni takde duit makan salji je la. Pakaian jual kat Jepun ni macam sweater bukan macam kat Malaysia. Satu kedai tu jual sweater macam-macam jenis dan warna. Memang rambang mata la. 2 3 mana cukup kan!


2) bil naik!
Musim sejuk kena pakai 暖房 (danbou: heater) dan yang pasti bil elektrik naik. Tambah lak こたつ (adik-beradik heater tapi letak bawah meja?). Pastu mandi kena air panas, basuh pinggan pun. Kalau guna air biasa beku tangan. Minyak kat pinggan pun keras nanti. Sabun paling hebat pun takleh tanggalkan minyak tu. haha. Bila mandi air panas kalau boleh nak 2 3 jam. Punya la masyuk disirami air panas tu. huhu. Jadi. Bil gas naik gila-gila. Lagi, bila nak guna air panas, sementara air nak panas, biar air mengalir macam tu je. Dah tentu bil air pun cam nak naik. Pergh~ sakit nak bayar bil.


3) makan banyak??
Ni cam masalah aku je. Bila sejuk ni, aku rasa cepat lapar. Sekarang kerap makan kat kantin univ. lepas tu mesti nak ada bekal roti dalam beg. Bila makan nasi kat univ mesti nak saiz besar sikit. Dulu biasa makan saiz S tapi sekarang saiz M lak. Dah makan luar banyak jadi banyak keluar duit. Mulut tu selalu rasa nak mengunyah je. Macam la boleh kumpul lemak. Adoyai~

4) kosmetik
Masa musim sejuk masalah yang timbul adalah kulit kering, mata kering dan senang selsema. Aku alhamdulillah belum demam ke tapi kulit dan bibir kering tu memang masalah negara. Jadi kena lah beli pelembap itu pelembap ini. Nasib baik tak ada pelembap otak!! Ni semua saja nak habiskan duit aku.

5) naik bas~
kadang-kadang bila malas nak menempuh kesejukan naik basikal, aku naik bas. Sebab bila naik basikal angin sejuk boleh menyebabkan bibir, hidung dan telinga beku. Aku rasa kalau sentuh sikit lepas naik basikal boleh pecah hidung kot!!? Haha. Mungkin kena pakai full helmet kot. Naik bas pun guna duit bai~

7 comments:

  1. pengalaman pertama musim sejuk ye. kenapa saya rasa macam dah lama sangat kamu semua duduk sana ye? 不思議…:D

    ReplyDelete
  2. samalah kita!! setiap masa wajeb ada food depan mata...asyek2 lapar..grrrr ;D

    ReplyDelete
  3. has-sensei>> ni maknanya sensei rindu kami. kerinduan memanjangkan masa~

    emy>> hang mesti dah gemok kan?? haha gurau2~

    ReplyDelete
  4. rajin tol menyenaraikan, nak hadiah muffler satu~

    ReplyDelete
  5. mana ada!! tertekan tau makan banyak tp still berat tak naek. ada tips?? hahahah~

    ReplyDelete
  6. nak tips ke emy?
    1) tidur lepas mkn
    2) makan sambil baring
    3) .....
    eh?? ni tips nak buncit!! haha

    ReplyDelete