Thursday, August 25, 2011

Ryoko : Bandar Burung Hantu

dalam bahasa jepun, burung hantu dipanggil ふくろう (fukurou). itu je nak bagi tahu. haha

sebenarnya aku pergi melencong-lencong ke Ikebukuro. salah satu bandar besar atau tumpuan orang ramai di Tokyo. nama bandar (ike+fukuro) ni kalau dialih-bahasakan membawa maksud 'beg kolam' . kenapa nama bandar ni jadi camni korang baca kat wiki. apa pula kaitan dengan tajuk bandar burung hantu ni? macam aku tulis kat atas tu, bunyi fukuro tu dah hampir sama. jadi mereka popularkan bandar ikebukuro tu dengan trademark burung hantu. bagi aku kalau sebut 'bandar beg' atau 'bandar karung' macam tak best je. haha.

bagi aku ikebukuro ni tempat membeli-belah je kot. tak kisah la nak beli apa semua macam ada.je aku rasa. nak beli baju, belambak kedai fesyen. nak beli barang elektrik, Bic Camera dengan LABI besar nak mampus. haha. dan macam-macam lagi. sebenarnya kami (aku+musu+zharif+hazmi) ke sana nak pergi Nekobukuro. tempat di mana korang bayar dan boleh main dengan kucing yang banyak dan comel dalam tu. alangkah tidak baik nasib  hari ni, nekobukuro serta seantero bangunan tu tutup. sebabnya, esok akan ada jualan besar-besaran. (bangunan nekobukuro tu adalah Tokyu Hands, tempat shopping gak). diorang nak ubah suai itu ini sampai kena tutup hari sebelumnya. tapi kenapakah hari ini??? huhu sedihnya.

stesen ikebukuro
comel nya.... burung hantu itu~
bila dah macam takde hala tuju, kami pun melencong la ke sana dan ke sini. ada macam-macam tempat menarik kat situ. ada akuarium, planetrium, muzium angkasa, taman tema Namja tapi disebabkan hari dah petang dan orang punyalah ramai, kami (aku+musu+zharif+hazmi+rifqi) hanya jenguk-jenguk je semua tempat tu. mungkin nak tengok-tengok harga kalau-kalau ada plan nak pergi akan datang. dah takde tempat nak lencong, kami pun masuk la tempat shopping. boleh la 'menderma duit' kat kaunter. ada la sikit membeli. nasib baik cepat je 'blah'. haha. 

bangunan kedai
kami (aku+musu+zharif+hazmi+rifqi+hamdi) berbuka di bandar Shin-Okubo. menurut Rifqi bandar ni, bandar orang asing. memang jelas sebab boleh jumpa ramai orang korea lagi-lagi kat Korea Town. lepas tu komuniti orang Islam pun ramai dengan adanya kedai-kedai menjual barang-barang halal dan masjid (masjid ni hanyalah satu tingkat dalam sebuah bangunan). kami berbuka makanan siam Islam. yang pastinya bandar ni pun happening gak. kami makan pun kenyang dan solat kat masjid disitu. alhamdulillah
 
makan ikan masak 3 rasa kot~
#secara kasarnya, aku suka gak bandar ikebukuro ni. dah macam-macam ada. semua benda boleh buat. janji ada masa dan DUIT! haha. takde duit duduk diam. lalu-lalang je la kat situ. huhu

3 comments:

  1. awat x gi neko cafe kat mn2? mhl sket ar tp.
    nekobukuro nyer kucing x tau la dier mmg train cemtu ke bg dadah ke, tp agak kurang active la pd pendapat sy. aritu pegi neko cafe kt shibuya, berlari2 je kucing kt situ (dier xnk org pgg kot :P)

    ReplyDelete
  2. oo tak tau lak ade neko cafe. huhu. rasenye macam tak pernah lagi pegang kucing kat jepun nih~

    ReplyDelete
  3. aku xtaw pn pasal sejarah ikebukuro tu. haha~

    ReplyDelete