Friday, September 9, 2011

Ryoko : Sehari Suntuk Dalam Keretapi

Baru je mendarat kat Narita dari KLIA semalam, hari ni aku dah bergerak untuk percutian kali terakhir untuk cuti musim panas kat Jepun ni. Kali ni aku, Syak dan Musu menyemangatkan diri ke Hokkaido!! Pulau paling utara di Jepun. Apa ada kat sana?? Aku pun masih samar-samar lagi tapi yang pastinya orang yang dah pergi kata best!!

Hari ni kami bukan terus ke Hokkaido. Kami akan bermalam kat salah satu bandar paling utara di pulau Honshu ni, Aomori. Tapi nak ke Aomori ni bukan sekali naik keretapi sekali turun je. Dengan menggunakan sistem tiket apa ntah, perjalanan ke Aomori ni mengambil masa hampir 16 jam dengan hampir lebih 10 kali tukar-tukar keretapi!!! Perghhh memang sakit punggung duduk lama-lama. Nasib baik dapat duduk kan haha. Kepala, tengkuk pun sakit dengan pelbagai aksi tidur. Nak melihat permandangan pun tak larat sebab lama sangat. Huhu. 16 jam dalam keretapi memang satu pengalaman yang seronok walaupun sedikit berbaur bosan. Haha. (nak main game iphone takleh sangat sebab nak jimat bateri). Malam ni akan tidur kat manga cafe dan esok akan sambung perjalanan ke Hokkaido!! Tak sabar~

#post ini ditulis semalam dan di publish hari ini~

1 comment:

  1. tido kat aomori ek, bukan xde bende ke kat situ? iman ngn arini tido dlm tren aritu sbb nk bergerak walopun waktu tido. best la korg, byk tempat leh gi. selamat berjalan~~

    ReplyDelete