Hari ni ada peta lagi. yeay aku suka peta. bukan PETA tau!!!! PETA tuh ntah apa-apa ntah. aku setuju perjuangan diorang menentang penganiayaan binatang. tapi sampai bab penyembelihan binatang dalam Islam, pengunaan tikus makmal, eksperimen keatas haiwan dan seumpamanya pun diorang protes. kalau tak silap diorang tuh semua macam vegetarian je. macam-macam.
tapi bukan pasal PETA aku nak cerita. aku nak kongsi satu lagi peta dunia. kalau korang-korang ada mengikuti isu dunia baru-baru ini, pasti korang akan dengar cerita pasal algeria dan mali. aku tak nak ulas panjang pasal insiden yang berlaku di kedua-dua negara tuh. aku takut gak nak cerita pasal ni kalau-kalau perkataan yang aku guna berbaur "ganas". atau nanti kalau orang google perkataan te**orism ke al-Q**da ke, nanti diorang jumpa blog aku. famous lak aku nanti. huhuhuhu. so kalau nak tahu pasal cerita algeria dan mali (dua cerita yang berbeza tau), lebih baik korang cari kat sumber yang boleh dipercayai.
cuma nak tekankan kat sini bahawasanya yang algeria dan mali ni, kedua-duanya negara Islam. atau senang cakap, majoriti rakyat mereka adalah orang Islam. sekular tak sekular tu lain cerita. yang penting diorang bawa nama Islam. sedikit sebanyak bila berlaku insiden-insiden tersebut, orang luar akan mengaitkan dengan Islam dan korang boleh fikir sendiri kesannya. lebih-lebih lagi bagi korang-korang yang duduk kat negara bukan Islam seperti Jepun nih dan kita orang Islam ni, sangat-lah alien bagi diorang. ditambah pula dalam salah satu insiden tu, ada orang Jepun yang terbunuh! erm...
oh. lupa lak pasal peta ni. mungkin ada antara kita yang macam baru je dengar nama algeria ke mali ke. sedangkan bagi aku negara-negara seperti ini juga perlu kita ambil tahu. negara macam mana? kenapa kena ambil tahu? sebab mereka adalah negara Islam dan rakyat mereka adalah orang Islam. juga saudara kita!
hadis Nabi SAW,
"Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya. Maka ia tidak akan menzalimi dan membiarkannya (menderita)." (Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari)
(hadis riwayat Imam al-Bukhari)
sebagai rujukan cuba tengok peta ni dan perhatikan taburan umat Islam kat bumi nih. cuba kenal pasti di negara mana ada saudara-saudara kita. negara miskin ke? negara banyak minyak ke? negara dunia ke-3 ke? bagaimana keadaan ekonomi mereka? dimana tahap pendidikannya?
aku suka tengok peta ni sebab ini adalah warisan Rasulullah SAW. kalau bukan sebab baginda, tak kan wujud taburan umat Islam seperti ini. ini adalah amanah nabi. kita kene jaga diri KITA. kita yang disini dan kita yang disana. cuba fikir-fikirkan pasal peta nih.
p/s: bukan Malaysia je ada orang Islam tau. Islam bukan kat Arab Saudi je. bukan juga setakat kat Palestin. ;)
No comments:
Post a Comment