Semalam sakan buat ronbun sampai tak tidur. Malam ni tidur awal sebab ngantuk sangat. Tapi tiba-tiba sakit perut lak. Terpaksa selesaikan urusan pelaburan di pagi yang sejuk ini. Dan kelihatan di luar jendela, salji meliputi bumi kusatsu ni. Lapar lak rasanya tengok bumbung-bumbung putih sebab nampak macam biskut atau kek yang penuh krim. (ke aising). Mungkin sebab perut jadi kosong akibat pelaburan berskala besar tadi. Hihihi. Dah minum bakteria baik dah tapi sekarang perut masih meragam. Rasa sakit berbaur lapar dan ngantuk menyebabkan dah tak boleh nak lelapkan mata. Hence, (perkataan yang selalu jumpa dalam ronbun aku. Hikhik) aku main alpha-chan aku ni dan as a result, aku main tulis-tulis jawi. In addition, aku pun berblog di pagi-pagi buta ni. Therefore, aku nak ucapkan selamat pagi. Eh?? Huhuhu. Kbai~
Saturday, February 9, 2013
Wednesday, January 30, 2013
10 ke 20 #1
adeyhhhh letih la nak selesaikan jikken dan sotsuron ni. bila otak letih aku suka layan video-video menarik kat YouTube. semalam terjumpa video macam kat bawah ni. ni salah satu la tapi. dulu aku join gak kawad kaki nih. best kot kawad. kakkoi!!!! walaupun aku dulu kat sekolah menengah seorang ahli pancaragam tapi sebab tak cukup orang, masa tingkatan 4 aku join kawad kaki kadet remaja sekolah (KRS) dan masa tingkatan 5 aku join polis. bagi aku ni memang pengalaman terbaik gak arr. kawad KRS lebih santai tapi kawad polis berbaur tensi sikit. hahaha. pergerakan polis majime. (tapi still kakkoi!!!)
tapi bila jumpa video kat bawah nih aku terkejut dan tiba-tiba rasa nak kawad. punyalah berubah zaman sekarang. kawad pun dah ada yang berirama. yang menariknya, pilihan lagu memang mengancam. dari lagu omputih ke lagu hindustan hinggakan dangdut pun ada. tapi yang aku tengok, pergerakan wajib macam terima watikah, pedang ngan jerit KRS!! kuat-kuat tuh masih ada. maksudnya kawad irama ni gunakan lagu sebagai que pergerakan berbanding arahan ketua. (ketua pun lagi galak menari~) tapi yang pastinya kakkoi dan enjoy!!!
p/s: ada banyak lagi video kawad irama nih tapi kebanyakan dari SKTTDI ni. mungkin diorang pioneer kot dalam kawad irama ni. terbaek!!
p/s: 10 ke 20 tu maksudnya perubahan zaman dari aku umur 10-an ke 20-an. agak-agak camne la nanti masa aku umur 30-an. hidup lagi tak blog ni ek~
Thursday, January 24, 2013
Salam Maulud Nabi
Hari ni ada peta lagi. yeay aku suka peta. bukan PETA tau!!!! PETA tuh ntah apa-apa ntah. aku setuju perjuangan diorang menentang penganiayaan binatang. tapi sampai bab penyembelihan binatang dalam Islam, pengunaan tikus makmal, eksperimen keatas haiwan dan seumpamanya pun diorang protes. kalau tak silap diorang tuh semua macam vegetarian je. macam-macam.
tapi bukan pasal PETA aku nak cerita. aku nak kongsi satu lagi peta dunia. kalau korang-korang ada mengikuti isu dunia baru-baru ini, pasti korang akan dengar cerita pasal algeria dan mali. aku tak nak ulas panjang pasal insiden yang berlaku di kedua-dua negara tuh. aku takut gak nak cerita pasal ni kalau-kalau perkataan yang aku guna berbaur "ganas". atau nanti kalau orang google perkataan te**orism ke al-Q**da ke, nanti diorang jumpa blog aku. famous lak aku nanti. huhuhuhu. so kalau nak tahu pasal cerita algeria dan mali (dua cerita yang berbeza tau), lebih baik korang cari kat sumber yang boleh dipercayai.
cuma nak tekankan kat sini bahawasanya yang algeria dan mali ni, kedua-duanya negara Islam. atau senang cakap, majoriti rakyat mereka adalah orang Islam. sekular tak sekular tu lain cerita. yang penting diorang bawa nama Islam. sedikit sebanyak bila berlaku insiden-insiden tersebut, orang luar akan mengaitkan dengan Islam dan korang boleh fikir sendiri kesannya. lebih-lebih lagi bagi korang-korang yang duduk kat negara bukan Islam seperti Jepun nih dan kita orang Islam ni, sangat-lah alien bagi diorang. ditambah pula dalam salah satu insiden tu, ada orang Jepun yang terbunuh! erm...
oh. lupa lak pasal peta ni. mungkin ada antara kita yang macam baru je dengar nama algeria ke mali ke. sedangkan bagi aku negara-negara seperti ini juga perlu kita ambil tahu. negara macam mana? kenapa kena ambil tahu? sebab mereka adalah negara Islam dan rakyat mereka adalah orang Islam. juga saudara kita!
hadis Nabi SAW,
"Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya. Maka ia tidak akan menzalimi dan membiarkannya (menderita)." (Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari)
(hadis riwayat Imam al-Bukhari)
sebagai rujukan cuba tengok peta ni dan perhatikan taburan umat Islam kat bumi nih. cuba kenal pasti di negara mana ada saudara-saudara kita. negara miskin ke? negara banyak minyak ke? negara dunia ke-3 ke? bagaimana keadaan ekonomi mereka? dimana tahap pendidikannya?
aku suka tengok peta ni sebab ini adalah warisan Rasulullah SAW. kalau bukan sebab baginda, tak kan wujud taburan umat Islam seperti ini. ini adalah amanah nabi. kita kene jaga diri KITA. kita yang disini dan kita yang disana. cuba fikir-fikirkan pasal peta nih.
p/s: bukan Malaysia je ada orang Islam tau. Islam bukan kat Arab Saudi je. bukan juga setakat kat Palestin. ;)
Tuesday, January 22, 2013
Gambar Rawak #1
cuba tengok betul-betul gambar tu. biar zoom besar sikit. (sebab gambar asal gambar tu memang kecil). kalau perhatikan betul-betul peta tu, dia tak sama macam peta yang korang selalu (selalu ke~) tengok. ada macam tak kena dengan nama-nama tempat kat situ. aku tak jumpa perkataan Malaysia atau "Kuala Lumpur" mahupun Jepun atau Tokyo. tapi bila aku tengok peta tuh, aku senyum sorang-sorang. mungkin sebab kebanyakan nama tempat dalam tuh agak familiar bagi aku or sebab aku dapat tangkap apa maksudnya. hihihi maaf la, bukan nak bangga tapi memang aku ni mapholic (tak tau ada ke tak perkataan tuh). sekarang cuba korang teka apa yang peta tu cuba sampaikan. #selamatmencuba
Nak Mula Balik
nak mula balik la. bukan mula balik Malaysia. balik Malaysia hujung bulan 2 nanti. hihihi. nak mula balik berblog. dah tinggal lama sangat. sebenarnya memang lama dah nak mula balik berblog. banyak kali gak dah tulis isi untuk post baru. tapi akhirnya berhabuk dalam draft je. benda nak ditulis tu banyak tapi bila rasa macam nak taknak je share ngan orang lain, terus pangkah browser. sentap~ hahaha. kawan-kawan semua doakan saya terus tsabat dalam berblog e (ayat gedik!!!!) #ktengsbai
Subscribe to:
Posts (Atom)