Tuesday, April 17, 2012

俺は一人じゃーない

fuhfuhfuh....... baru boleh bernafas.

"cheh~ Allah dah bagi hampir 22 tahun udara yang cukup untuk bernafas"

ya, tahu. hikhikhik. hari ni dah habis happyou untuk robot arm simulation. walaupun aku tak berjaya menyiapkan dengan sempurna tapi aku bantai happyou gak. terasa diri ini 最低 (saitei:worse). tapi aku tetap dipuji sensei sebab bahagian yang sempat buat aku buat betul-betul. terharu dengan pujian sensei. terasa dihargai sebab aku memang berhempas pulas kot nak siapkan programming tu. cuma aku masih tak puas hati dengan bahasa jepun aku. banyak sangat ruang yg kena baiki. yoshh aku kena usaha lagi nih.
kad dari che arep!! (hang dah lama tak update blog!!)
sejak kebelakangan ni orang-orang rumah ni selalu balik rumah lambat dari dai. aku pun tak terkecuali. dah memang lumrah hidup pelajar tahun 4 universiti kat Jepun ni kot. masing-masing dah mula buat kenkyu untuk layak graduate tahun depan. kalau tak buat sungguh-sungguh dari awal nanti dah hujung-hujung nak buat tesis susah. jadi terasa macam jarang jumpa lak walaupun duduk serumah. huhu. belum lagi kawan-kawan rumah lain. tapi takpe, aku harap masing-masing berjaya dengan apa kita sedang buat. kan???!! insyaAllah. kalau ada rezeki boleh luangkan masa riadah sama-sama ke.~ 

”俺は一人じゃーない、しかし俺自身は世界に一人しかいない”
[aku tidak keseorangan tapi diri aku hanya ada seorang sahaja dalam dunia ni]

Friday, April 13, 2012

Itu Ini Begitu Begini

sighhhhhhh. <---- mengeluh

baru lepas happyou tema research nak buat untuk tahun 4 nih. slide happyou buat dalam nihon-go (japanese) tapi present dalam BI. haha tiba-tiba tiada keyakinan diri nak cakap jepun. tak tau kenapa. mungkin sejak dua menjak ni rasa tertekan dan terasa macam banyak benda nak kena selesaikan. adussss. terasa macam bahu ni berat je dengan tanggung jawab. belum habis belajar lagi. belum kahwin. belum kerja lagi tapi dah rasa tak larat. apa nak jadi nihhhhhhh!!! lagi satu kenapa sekarang la perasaan rindu kat makwe ni membuak-buak lak. dah la setiap minggu skype kadang-kadang line internet lemah. video tersangkut-sangkut. sabar jela. banyak rupanya kesalahan-kesalahan aku dalam hidup ni rupanya. sedar tak sedar je. amalan dah makin berkurang dosa lak bertambah. mungkin tu la sebab nya aku rasa hidup ni berat je. kurang ingat Allah agaknya. astaghfirullah~. kena muhasabah diri dengan betul ni. yosh. ganbarou!!

"maka ingatlah Aku nescaya aku akan ingat kamu dan bersyukurlah kepada ku dan jangan la kamu kufur" - alBaqarah 152

 

I'm about to lose the battle and cross the line
I'm about to make another mistake
And even though I try to stay away
Everything around me keeps dragging me in
I can't help thinking to myself
What if my time would end today, today, today,
Can I gaurantee that I will get another chance
Before it's too late, too late, too late

Forgive me

My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent

Am I out of my mind?

What did I do?
Oh, I feel so bad
And everytime I try to start all over again
My shame comes back to haunt me
I'm trying hard to walk away but
temptation is surrounding me, surrounding me
I wish that I could find the strength to change my life
Before it's too late, too late, too late

Forgive me

My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent

I know, Oh Allah, you're the most forgiving

And that you've promised to always be there
when I call upon you
So now I'm standing here ashamed of
all the mistakes I've committed
Please don't turn me away and hear my prayer
when I ask you to

Forgive me

My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent X3

Tuesday, April 10, 2012

Menonton Sakura

dah berapa hari tak update  blog dan banyak cerita nak bagi tahu sebenarnya tapi macam tak cukup masa je nak tulis. cuma nak bagi tahu yang sabtu lepas pergi nagoya untuk daurah dan sebelum balik shiga sempat ronda-ronda bandar nagoya tu. walaupun sekejap tapi ada gak la barang yang dibelinya. coklat impot!
.
kebab kat nagoya~
dan ahad lepas, warga myKyoto berhanami kat Uji, Kyoto. lokasi yang berbeza dengan tahun lepas tapi agak sempit sebab ramai orang ditambah pula dengan gerai-gerai yang dibuka di kawasan tersebut. macam biasa la kalau dah berkumpul ramai-ramai ni, aktiviti paling best adalah makan. kali ni hanami potluck, maknanya semua yang datang tak boleh tangan kosong. mesti bawa pengunyah. dah ramai yang datang jadi banyak la juadahnya. dari mee goreng, bihun goreng, nasi beriyani, nasi lemak, kebab, popiah, kek macam-macam rasa, pizza domino's sampai la ke air yang macam-macam warna. dan dah nama pun hanami, lepas makan masing-masing sakan bergambar dengan bunga-bunga sakura. ada yang background  sakura kat depan, pastu kat belakang. ada yang menonggeng nak ambil gambar sakura. ada gak yang gaya mengunyah sakura tu. (tadi dah makan banyak pun) macam-macam perangai budak-budak malaysia. 

tapi satu aku pelik ngan orang jepun ni kan, diorang dari lahir memang kat jepun tapi masih setiap tahun keluar hanami ramai-ramai. boleh je tengok sakura yang ada depan rumah ke, atau tak bosan ke?? haha. mungkin sebab setahun sekali kan~ macam raya kat malaysia. aku bayangkan kita orang malaysia pergi berkelah menonton bunga raya ke, bunga kertas ke atau bunga tahi ayam?? hehe


macam biasa la, gambar kat SeNGeH-SeNGeH!!

Friday, April 6, 2012

Saya Masuk Lab

assalamualaikum.....

semalam dan kelmarin dah mula balik kerja part time kat Hiraoka tu. lepas lebih kurang sebulan lebih cuti balik malaysia bila buat kerja berat sikit mula la badan ni sakit-sakit. lenguh sana lenguh sini. dah macam orang tua lak. tapi memang kerja banyak dan hampir sepanjang masa aku kena buat sorang-sorang. yang lain jaga mesin lain. tapi kepenatan semalam sedikit hilang bila balik-balik dalam keadaan lapar pukul 2 pagi dan ada nasi beriyani dalam periuk nasi. yeay!! bukan nasi beriyani RAJU tapi nasi chef tapau. beliau memang dah lama nak cuba masak nasi beriyani tapi tak berkesempatan kan. huhu. aku nak bagi markah kat nasi beryani kau pau. 3/5. sedap tapi masa aku makan tu nasi dah kering. mungkin masa mula-mula sedap dan korang je yang rasa. so aku jelous. haha. tapi kau memang mantap masak pau. kan syak??!!! nanti kau komen la pula masakan aku yang tak seberapa tu. huhu sedih sebab antara tiga orang dalam rumah tu aku la paling noob masak. sob3.

tadi dah dapat email dari lab yang bagi tahu jadual aktiviti lab sepanjang sem nih. dan yang pastinya aku ada 発表 (happyou:presentation) pasal tema research dan plan aku sepanjang setahun ni. aku masih lagi tercanguk-canguk nak pilih tema apa. semua tema nampak menarik. susah senang tu tak tahu la pula. haha. jadi dah kena mula fikir semasak-masak nya. (aku dah la tak pandai masak. sob3). lepas tu yang aku cuak sekarang ni ada satu lagi happyou pasal manipulator simulation isnin dua minggu depan (16 April) arghhhhh. macam tak bergerak je progres aku. nak kena mengira dan dan kena main-main dengan programing OpenGL!! adusssss. ok saya sedang berusaha. dan berusaha. dan terus berusaha. ok sekarang dalam keretapi nak ke Nagoya ada daurah. ahad HANAMI (main-main mata dengan pokok sakura) kat Kyoto! bye.

nama kat pintu lab. saya hadir~

Tuesday, April 3, 2012

Kurang Berat~

pergh hari ni angin memang kuat. memang menguji pendirian hidup betul. hampir-hampir tak diterbangkan. kena tambah berat lagi nih. haha. tapi seriusly angin memang kuat dan mengikut berita memang kawasan kepulauan Honshu dan Shikoku menjadi laluan kepada angin kencang yang dikhuatiri membentuk taufan! orang kata perkara ni biasa sebab perubahan musim tapi sejauh mana kebenarannya tak tahu la. tahun lepas pun berlaku gak. kesan tahun lepas tanah runtuh, banjir lumpur dan cuti sekolah. haha. hari ni tak dengar lak pengumuman cuti walaupun ramai pelajar berada di dai (Universiti) sebab minggu ni minggu ni minggu orientasi pelajar baru. aku datang dai gak tadi tapi nak buat kadai (assignment) kat lab. ingat nak balik awal tapi melihatkan angin main domino dengan basikal-basikal kat tempat parking tu, terus diam je kat lab. haha. payung seksi aku kena curi lagi kali nih. arghhh. iphone mahal-mahal tinggal kat kedai makan tak kena curi tapi payung letak kat tempat payung pun boleh diambil orang. pelik betul orang jepun nih!!!

menu baru kat RITS, kenny rogers

Sunday, April 1, 2012

Jejak Cakna?!!

hari ni dah masuk bulan baru semester baru tahun baru bagi aku. kalau secara official nya di Jepun atau mungkin di Ritsumeikan University semester baru akan bermula pada 1 April. hari ni juga kouhai (junior) yang baru datang ada 編入学式? (hennyugaku shiki: majlis kemasukan pelajar peralihan?). tapi apa yang aku nak bagi tahu yang hari ni juga pihak MARA dan YPM yang diwakili beberapa pegawai atasan (aku lupa nama lak. huhu) termasuk Puan Nor datang tempat kitorang untuk satu majlis ramah mesra dan makan-makan yang dipanggil Jejak Cakna??. haha. 

majlis mula pukul berapa ntah tapi dekat-dekat nak pukul 11 pagi kot. tetamu terdiri dari orang MARA dan YPM (5 orang), pelajar Ritsumeikan University (RITS) dan pelajar KINKI atau boleh aku ringkaskan pelajar tajaan YPM jajahan KANSAI!! haha. majlis dimulakan dengan bacaan yassin lepas tu baru la menjamu beriyani RAJU!! sedap~. dah makan-makan apa lagi, sesi luahan perasaan. huhu. kouhai claim duit shinkansen (bullet train). perjalanan diorang dari Hachioji ke Shiga. [aku dah dapat awal-awal. hehe]. lepas tu bincang pasal sistem duit biasiswa kouhai sekarang yang menggunakan debit kad Bank Islam. (yang aku faham masalah nya limit pengeluaran hanya \30,000 dan setiap transaksi dikenakan RM10 dan untuk keluarkan duit sebulan biasiswa paling tidak 4 kali. jadi dah rugi RM40++). lepas dah ngomel-ngomel itu ini (biasalah tu~) masing-masing nak tempek muka kat lensa kamera. haha. hasilnya korang sendiri lihat ya~. huhu

anak-anak YPM kansai!

gambar-gambar lain kat SeNGeH-SeNGeH!!

#kadai lab tak siap lagi~ arghhhhhhh