Bismillahirahmnanirahim
Alhamdulillah dah masuk bulan Febuari. maknanya dah mula cuti musim bunga. disebaliknya bermaksud dah habis exam!yeay!!!!
tapi bila dah mula cuti lama-lama ni timbul lak satu masalah. tak tahu nak buat apa. nak belajar?? ermmmm....... bulan April nanti la mula. hehe. nak baito (part-time job) lepas ni macam dah malas. isnin lepas kerja dari pukul 5 petang buat over-time sampai pukul 4 pagi! hampir separuh hari aku kerja. sakit bai~ dah tu nak buat apa masa cuti ni??
minggu depan dah nak balik Malaysia. yeay sekali lagi. tak sabar. tak sabar nak jumpa awek. haha. awek aku yang tengah keseorangan kat rumah tu. tengah buat apa la agaknya tu. sekarang tengah risau kat awek aku ni sebab rumah tengah renovate, jadi bahagian belakang rumah ternganga. risau kalau-kalau orang yang tak dikenali masuk kacau awek aku ni. setakat hari ni doa je yang mampu aku kirimkan. harap chemong, bb dan bboy serta ikan-ikan kat rumah tu boleh jaga awek aku tu. haha. insyaAllah. hujung minggu abah dah balik, jadi tak perlu risau!
sebelum aku lupa, nak promote sesuatu ni. aku dengan sengaja nya telah menawarkan diri menjadi volunteer/supporter bagi mempromosikan pelancongan bandar Kouka, salah satu daerah kat Shiga-ken nih. baru je mula jadi belum ada aktiviti sangat. minggu lepas ada majlis penyerahan tugas. kalau nak ikuti perkembangan selanjutnya boleh la sibukkan diri anda terjah blog nih -->
pasal benda ni aku cerita lebih lanjut nanti ya.
pasal benda ni aku cerita lebih lanjut nanti ya.
ok, selamat bercuti kepada aku!!haha
belek-belek jumpa gambar comel nih. siapa yang comel?? tepuk dahi tanya aku~ |