Salam semua. Sekali lagi aku dalam kereta api sambil tulis blog. Aku ke mana lak hari ni? Haha mestila pergi jalan-jalan. Tadi kami (aku+musu+hamdi+syak+chong) pergi お台場(Odaiba), satu tempat yang bagi aku sangat-sangat cantik dari segi seni binanya.
Odaiba terletak kat salah satu pulau buatan manusia kat tokyo. Maksud odaiba itu sendiri adalah kubu sebagaimana fungsinya pada zaman Edo. Kemudian kerajaan Jepun membangunkan odaiba sebagai kawasan perumahan dan pejabat walaupun hampir terbengkalai pada satu masa (bubble depression). namun odaiba pada hari ni memang menakjubkan dengan bangunan-bangunan pejabat, rumah, tempat beli-belah yang bercirikan masa depan. Memang terancang dan seronok dilawati.
Kami sempat bergambar di pantai berdekatan yang berlatat-belakang Raibow Bridge dan pusat bandar Tokyo. Ada gak replika patung Statue of Liberty, bangunan Fuji TV, muzium-muzium dan macam-macam lagi. Kami sempat gak masuk Trick Art Museum. Boleh la sengeh-sengeh tengok kami menghuru-harakan tempat tu. Haha. Penat tapi seronok.
|
rainbow bridge |
|
aku kat NY |
|
yang ni tak tau apa yang trick apa yang art nya~ |
Untuk buka puasa kali ni kami ke rumah Rifqi dan Dayok. Makan lauk sedap, ayam merah ngan kurma ayam. Memang sedap ditambah lak dengan kerenah mereka-mereka yang datang memeriahkan msklis. Alhamdulillah semua kenyang. Kami pun gerak balik. Dan aku masih dalam kereta api menulis blog. Haha ok esok cadang nak tengok bunga api kat Asakusa. Moga segala dipermudah. Ok bye dan senyum~
|
ermmm......... |
eii seronok nyaa kann
ReplyDelete:)
pi odaiba masuk tiket jalan2 sehari tu eh?haha.iine,tp muzium kapal tu kami xsmpat masuk awal2 dulu sbb da ptang~
ReplyDelete