Satu benda yang aku paling suka kat Jepun ni adalah sistem kereta api mereka yang sangat-sangat best. bukan sebab kecanggihan kereta api tapi sebab sistem yang mantap dan sangat berguna. tak hairan la Jepun boleh jadi negara maju disebabkan kemajuan sistem kereta api mereka.
jom lihat perbezaan sistem keretapi yang ada kat Kuala Lumpur dengan kat Tokyo, Jepun. bukan nak cakap Malaysia nya tak bagus, cuma nak bagi tahu yang Malaysia leh jadi bagus macam Tokyo. kalau kita nak bandingkan memang tak boleh. Jepun negara maju. kita negara membangun. tapi tak mustahil kalau malaysia akan mempunyai sistem kereta api yang maju atau lebih dari Jepun. kalau korang semua pernah main SimCity4, korang akan tahu yang dengan adanya sistem pengangkutan yang maju la bandar korang akan maju. itu satu fakta. haha.
pernah dengar projek Malaysia yang baru, KLMRT? satu lagi penambahbaikan dalam sistem kereta api kita. nak tahu lebih lanjut. layan link ni. tolak ke tepi masalah komuter lambat atau gerabak sedikit. atau masalah sesak kat KL sentral waktu petang. masalah boleh diselesaikan. pembaikan boleh diadakan. kan kan kan~
sistem transit KL |
sistem transit Tokyo |
sistem kereta api bawah tanah Tokyo |
*klik gambar untuk lebih besar*
#kalau tak sesat kat tokyo ni memang tak sah. nak cari stesen satu hal, nak cari line mana pun satu hal. belum lagi cari jenis kereta api lak. pastu kalau dah sampai, nak cari pintu keluar pun jadi masalah. haha. masalah bukan pada sistem tapi pada orang kampung yang baru masuk bandar ni. tapi seronok~
desyou?? haha~
ReplyDeletekalu dh lama2 bese r tu.. :D
aku kalu bleh nk nek sumer sen yg de kt tokyo nih.
sasuga izzat!haha,mmg jauh beza sistem transit KL(bkn full Malaysia lg) dgn nihon~aku tegelak lepas scroll bwah gmbaq tuh.
ReplyDeletepengalaman tu penting~
ReplyDelete