Kiambang : sejenis tumbuhan akuatik yang tumbuh terapung-apung di sungai atau kolam
Bertaut : bertemu satu sama lain
~Maksud~
Dua pihak yang berselisih akan berbaik semula setela pengacum (penghasut, orang yang membuat orang lain berkelahi) telah tiada.
Apabila dilihat maksud peribahasa ini sama seperti realitinya iaitu apabila sesuatu seperti sampan melalui sebuah kolam atau sungai yang penuh dengan kiambang, pasti di bahagian hadapan sampan tersebut rumpunan kiambang seakan terbahagi dua dan kemudian jika dilihat di bahagian belakang sampan atau apabila sampan sudah melalui kawasan rumpunan kiambang tersebut, pasti akan terbentuk kembali rumpunan kiambang. Hal ini kerana kiambang adalah tumbuhan yang hidup terapung-terapung dan akar kiambang tidak tumbuh dari tanah tetapi akar ini menghubungkan antara satu kiambang dengan kiambang yang lain. Maksudnya kiambang bukan seperti keladi yang tumbuh tegap mencengkam tanah tetapi sekadar terapung-apung bercantum satu sama lain di bahagina akar. Kiambang apabila dipisahkan pun akan tertarik kembali kerana akar mereka. Peribahasa ini sesuai digunakan dalam keadaan apabila adik beradik bergaduh akibat campur tangan orang ketiga pasti akan berbaik semula jika orang ketiga yang cuba memecah-belahkan mereka itu telah tiada lagi.
*kamus
biduk nak tumpang 'lalu'~~~
ReplyDeleteizzat...kira tukar blog ke ni? huhu
ermm, insyaAllah hope kekal la
ReplyDeleteSumber : Pepatah minang. "Biduak lalu, kiambang batauik."
ReplyDeleteBiduk berlalu kiambang bertaut
ReplyDeleteHilang lah kabus nampak lah ia.