Sunday, December 18, 2011

Nak Jadi Penjaga Zoo!

kalau sekarang aku bukan pelajar jurusan kejuruteraan aku adalah pelajar jurusan zoologi. masa zaman sekolah rendah kalau cikgu tanya dah besar nak jadi apa, aku jawab nak jadi cikgu. (nak sedapkan hati cikgu kot. haha) lepas tu masuk sekolah menengah kalau isi-isi borang aku akan tulis doktor pada ruangan cita-cita. (ikut-ikutan~) ibu pun macam nak aku jadi doktor dan aku memang aliran sains tulen masa tingkatan 4 dan 5. aku suka subjek biologi. abah seorang juru ukur. aku suka main game SimCity, The Sims, CitiesXL dan seumpamanya. (game bina-bina) sedikit sebanyak minat nak ceburi bidang seni bina (architecture) ada dalam diri aku. tetapi aku sangat suka binatang. (lipas pun suka cuma tak berapa nak mesra je~). ada orang suka binatang kerana kecomelan atau kerana sifat kasih-sayang. aku suka binatang bukan sebab itu je. aku suka binatang sebab keistimewaan haiwan (haiwan sinonim binatang) yang tiada pada manusia, walaupun kita ada akal dan mereka tiada. (ada je manusia yang 'macam' binatang). banyak benda yang kita tak tahu fasal haiwan ni dan mengetahui tentang mereka adalah sangat menyeronokkan! walaupun dah terjerumus dalam bidang kejuruteraan ditambah pula belajar khusus dalam bidang robotik, aku masih berpeluang nak ekspresikan minat aku terhadap binatang. alhamdulillah aku dapat masuk research lab yang fokus pada biomimetic robot untuk tahun akhir ijazah kat Jepun ni. cuba lihat laman ni -->. dalam kekalutan fikir aku nak jadi apa nanti akhirnya jodoh aku kembali kepada minat aku juga. harap dapat manfaatkan peluang ni sebaiknya.

 

cerita Dolphin Tale ni memang sangat best! (tapi sedih~) sedikit sebanyak menaikkan semangat aku untuk ceburi bidang biomimetic ni. 5/5! nak download??

p/s: antara contoh biomimetic robot

Monday, December 12, 2011

Malas nak tulis tajuk


Kenal makhluk 2 ekor kat atas? Mereka sedang bersaing mendapatkan takhta binatang termalas! Jadi, ada ku kisah?? Malas aku nak layan. Dah la. Malas nak sambung tulis post ni. Tapi macam malas lak nak habiskan ayat ni!?? Malas la nak fikir. Baik aku tidur~ chow 

p/s: mood kemalasan tahap melampau kerana kesejukan yang melampau!!

Friday, December 9, 2011

Rindu Amak!

hari ni aku baito (kerja sambilan) dan macam biasa aku balik dalam pukul 1.30 pagi waktu Jepun. aku tak tahu nak cakap yang nasib aku ni malang ke sebab hari ni aku jumpa kucing yang baru mati mungkin dilanggar kereta di depan family mart (convenient store) dekat dengan rumah aku. maksudnya aku dah dua kali menyaksikan kucing mati di tempat yang sama dalam tempoh kurang sebulan. cerita ni dah lama. aku memang tak berniat nak cerita kat facebook atau blog. sebab aku sedih sangat bercerita tentang benda ni. dalam dua tiga minggu lepas kalau tak silap, aku baru balik dari rumah senpai untuk satu program usrah. masa tu dalam pukul 11 malam seingat aku. dekat tempat yang sama aku jumpa kucing mati tadi aku cuba mengelak dari terlanggar seekor anak kucing putih. malangnya nasib kucing tu sebab dia mengelak kearah jalan raya. kebetulan ada pula kereta tengah agak laju lalu terus langgar anak kucing tu. aku yang masih berkayuh di sisi kereta tu dengar bunyi lenyekan tu dan sampai sekarang aku masih boleh ingat bunyi tu. kereta tu macam nak berhenti mungkin sebab rasa terlanggar sesuatu tapi meneruskan perjalanan. aku berhenti tak jauh dari anak kucing yang kena langgar tu dan aku boleh nampak anak kucing tu bergerak-gerak seakan orang nazak menunggu putus nyawa. memang sayu. tambah pula ibu kucing tu datang dekat anak dia dan mengiau kearah aku! dia mengiau seperti meminta tolong dan bila aku terfikir balik, dia mengiau macam nak salahkan aku~ tapi ngiauan tu memang sedih sangat. aku sms amira, musu dan arep tanya apa nak buat sebab aku memang terpaku lama kat situ. diorang cakap biarlah, dah memang ajal dia. aku redha je la. sampai bilik aku telefon ibu dan ibu pun cakap benda yang sama. tapi aku masih terbayang-bayang kejadian tu. ngiauan ibu kucing pun masih segar dalam ingatan aku. malam tu aku doa supaya seuatu terjadi kat mayat kucing tu sebab aku tak sanggup nak lalu kat tempat tu esoknya. alhamdulillah malam tu hujan lebat sangat-sangat dan aku anggap yang air hujan dan bersihkan mayat tu sebab esok pagi tu aku lalu dah tiada mayat anak kucing tu. dan malam ni aku terjumpa lagi mayat anak kucing yang baru dilanggar! kucing kat sini dah la cantik-cantik. semua benda ni buatkan aku rindu kat arwah amak (nama kucing aku). tak sabar nak balik malaysia sebab nak bergelumang dengan chemong (ferret) bb dan bboy (sugar glider ). aku harap aku balik nanti keluarga aku bertambah!! (ibu cerita bb dan bboy dah mengawan)

bb (gambar bboy aku tak simpan lagi)
chemong (gambar lama)
arwah amak :(

Saturday, December 3, 2011

Najis Menajis??

Dudu : Bo, bukan kau ada perjumpaan dengan group kau kol 9 ke?
Bobo : Alaaa. Relax ar Du. Diorang yang lain mesti lambat punye. kalau aku datang awal mesti takde orang lagi.  lagi-lagi si Kaka tu. Dia memang jenis selalu datang lambat. tak tepati masa! kalau tak cukup orang memang tak start la group discussion. baik aku lepak lu.
Dudu : cheh!jadi kau pun nak jadi macam Kaka tu? suka datang lambat??

...

Jaja : kurang asam punye Gaga!! berani dia conteng meja aku! meh sini aku conteng meja kau balik. dengan kerusi kau pun aku conteng!!!! hahaha (gelak jahat)

copied from friend's wall

Friday, December 2, 2011

Saya Mengaku Bersalah....

Assalamualaikum! Hello World! Selamat Hari Jumaat.おはいよう~
post kali ini hanya sekadar perkongsian dari sebuah pemikiran. manusia sering inginkan kemenangan! siapa suka kekalahan? apatah lagi dimalukan. tetapi apakah setiap kemenangan itu milik kita? tepuk dada tanya encik google. (mungkin mak cik wiki juga boleh membantu). kita megah mengumpul piala kemenangan. tanpa ingin secalit kekalahan dalam rekod kehidupan. meskipun kita nyata dalam kekalahan, kita pasti laungkan kemenangan. kepuasan apa yang kita cari? seperti menipu diri sendiri. bagai kalah itu mati. dalam game yang kita main hari-hari!? jadi kenapa tidak pernah terlintas dalam hati. atau terfikir di minda yang tinggi. salahkah kita bertindak sebegini. betulkah kita terus begini. kalau kita yakin benar kita yakinkan. kalau kita nyata salah kita nyatakan. bukan sukar untuk mengaku salah dan kalah. templak diri kuatkan muhasabah. ego diri bukan susah diubah. tundukkan diri hanya pada Allah! mengaku salah dan kalah bukan pengecut. hanya maaf perlu disebut. yang salah belajar betulkan. yang kalah perbaiki kelemahan. betul dan salah adat kehidupan. menang dan kalah adat permainan. sekian sebagai renungan~

p/s: konteks "salah" diatas bukan sekadar salah menjawab soalan kuiz dan konteks "kalah" bukan terhad pada kalah main bola sahaja. :)

Wednesday, November 30, 2011

Kagen Bangat Sama Kamu!

Ohhh tidak!! Oh hati tenanglah engkau sebelum engkau ditendang~ eh?? ditenang. 
sedang sangat merindui seseorang. keluarga itu memang pasti. tapi aku juga sangat merindui seseorang yang suatu masa nanti perlu sentiasa disisi. arghhh. 
Jaga diri-mu baik-baik supaya suatu ketika nanti rindu-ku pada-mu terubat dengan melihatmu dalam keadaan baik. insyaAllah. Lagu ini untuk-mu. Semoga Allah menjaga-mu untuk-ku.


Mencinta Mu terangkan jiwaku
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku
Tak akan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku
Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi
Jangan pernah kau menjauh


Monday, November 28, 2011

Kedaunan Kekuningan Kejatuhan

kalau di Jepun ini, pada musim bunga cantik dengan sakura yang mekar, pada musim panas meriah dengan barbekue dan pada musim luruh ini masyarakat di sini akan keluar menikmati suasana nyaman bersama daun-daun maple kekuningan. warna kuning kemerahan daun-daun maple ini melambangkan kecantikan musim luruh di Jepun dan aku tak melepaskan peluang untuk menikmati suasana yang tak boleh aku jumpa di Malaysia ditambah pula menikmatinya pada waktu malam! Subhanallah memang indah ciptaan Allah SWT. jadi aku ingin sangat berkongsi keindahan ciptaan Allah yang bagi aku merupakan rahmat untuk seluruh manusia kerana aku percaya ada mesej yang Sang Pencipta ingin sampaikan melalui keindahan musim luruh ini.

gunung-ganang diliputi warna-warni daun
keindahan di malam hari
"kuning-nya indah penyeri mata
penyenang hati sebelum tiada"

lagi gambar-gambar di SeNGeH-SeNGeH~

Saturday, November 26, 2011

Salam Tahun Baru

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1433
YA ALLAH AMPUNKAN DOSA-DOSA AKU DAN REDHAILAH SEGALA AMAL IBADAH KU SEPANJANG TAHUN LEPAS 
SESUNGGUHNYA KAU MAHA PENGAMPUN DAN PENERIMA AMALAN
YA ALLAH PELIHARA AKU DARI GODAAN SYAITAN DAN HAWA NAFSU DAN LIMPAHKAN RAHMAT KESEJAHTERAAN KEPADA KU UNTUK TAHUN BARU INI 
KERANA KAU MAHA PELINDUNG LAGI MAHA PEMURAH
AMIN



Friday, November 25, 2011

Musim Paling Mahal

Pengalaman pertama hidup di negara yang ada musim sejuk pada awalnya sangat teruja tetapi setelah kesejukan itu semakin menerjah ke suhu negatif, pengalaman ini bagai satu mimpi ngeri lak. Walaupun belum lagi dikatakan 冬 (fuyu: musim sejuk), kesejukan kat Jepun ni dah mengusik tulang belulang aku. Tambah lak aku ni bukan pengumpul lemak! Huhu. Bukan tak suka musim sejuk ni (dalam hati tak sabar nak main salji dan snowboard) tapi aku boleh katakan yang musim sejuk ni musim yang banyak sedut duit aku. Kenapa??

1) beli pakaian
Salah satu penahan sejuk yang mandatori. Bukan setakat luar rumah tapi dalam rumah pun perlu. Aku rasa paling minimum pun kena pakai 3 lapis baju n 2 atau 3 lapis seluar. Winter coat, long john, heat-tech tight, muffler, topi, penutup telinga, glove dll. Semua benda ni makan duit dan bukan kene ada sehelai je, tambah lak kalau jenis yang nak berfesyen. Takkan hari-hari pergi kelas pagi sweater sama je. Tak berfesyen la! Haha. Adeyh, lepas ni takde duit makan salji je la. Pakaian jual kat Jepun ni macam sweater bukan macam kat Malaysia. Satu kedai tu jual sweater macam-macam jenis dan warna. Memang rambang mata la. 2 3 mana cukup kan!


2) bil naik!
Musim sejuk kena pakai 暖房 (danbou: heater) dan yang pasti bil elektrik naik. Tambah lak こたつ (adik-beradik heater tapi letak bawah meja?). Pastu mandi kena air panas, basuh pinggan pun. Kalau guna air biasa beku tangan. Minyak kat pinggan pun keras nanti. Sabun paling hebat pun takleh tanggalkan minyak tu. haha. Bila mandi air panas kalau boleh nak 2 3 jam. Punya la masyuk disirami air panas tu. huhu. Jadi. Bil gas naik gila-gila. Lagi, bila nak guna air panas, sementara air nak panas, biar air mengalir macam tu je. Dah tentu bil air pun cam nak naik. Pergh~ sakit nak bayar bil.


3) makan banyak??
Ni cam masalah aku je. Bila sejuk ni, aku rasa cepat lapar. Sekarang kerap makan kat kantin univ. lepas tu mesti nak ada bekal roti dalam beg. Bila makan nasi kat univ mesti nak saiz besar sikit. Dulu biasa makan saiz S tapi sekarang saiz M lak. Dah makan luar banyak jadi banyak keluar duit. Mulut tu selalu rasa nak mengunyah je. Macam la boleh kumpul lemak. Adoyai~

4) kosmetik
Masa musim sejuk masalah yang timbul adalah kulit kering, mata kering dan senang selsema. Aku alhamdulillah belum demam ke tapi kulit dan bibir kering tu memang masalah negara. Jadi kena lah beli pelembap itu pelembap ini. Nasib baik tak ada pelembap otak!! Ni semua saja nak habiskan duit aku.

5) naik bas~
kadang-kadang bila malas nak menempuh kesejukan naik basikal, aku naik bas. Sebab bila naik basikal angin sejuk boleh menyebabkan bibir, hidung dan telinga beku. Aku rasa kalau sentuh sikit lepas naik basikal boleh pecah hidung kot!!? Haha. Mungkin kena pakai full helmet kot. Naik bas pun guna duit bai~

Tuesday, October 25, 2011

Productive~

alhamdulillah~
kadang2 tu kita tahu sesuatu benda tu bagus tp kita still tak nak buat. dan itu mmg namanya manusia kan.
lately sekali lagi merasa kehidupan yg agak produktif. haha. alhamdulillah kehidupan pagi mmg best. bangun subuh then tekan tubi kejap pastu makan cereal sambil baca surat khabar facebook. harini selasa, so selasa memang takde kelas utk aku. bukan sbb cuti deepavali ke ape ke. haha. aku plan nak study skit. lepas2 ni chukan testo (mid-term test) akan menyerang. itu plan dan hope akan jadi reality. haha. okla selamat hari selasa dan moga kita semua akan lebih produktif dalam kehidapan masing2.
 


Sunday, October 23, 2011

Kampung Nico Robin

eh aku ada blog rupenye~ baru perasan. haha
anyway semalam aku skali lagi join program anjuran TISA untuk versi autumn lak. diorang ni memang setiap musim akan buat program untuk foreign student cam aku ni bagi Rits Univ. program kali ni dibahagi kpd 10 course kalo tak silap aku. maksudnya setiap course ni akan bertebaran di muka bumi Shiga dan Kyoto untk mempelajari serta experience sendiri culture masyarakat Jepun ni. escpecially yg kearah traditional. (sbb skang AKB48 pun dah macam culture moden diorang.=.="). by the way aku join course pergi ke Ohara kat Kyoto dan experience cara buat washi (和紙: Japanese paper) serta Tea Ceremony secara ringkas. 

Ohara ni satu tempat yang agak terpelosok kat bandar Kyoto ni. lbh kurang sejam naik bas utk ke sana dari Kyoto station. tapi kan. tapi kan. tapi tapi tapi...... tempat ni memang lawa!!! hijau nyaman dan mempersona. memang kampung habis. tapi bersih suci dan murni. sepanjang kat sana mmg sentiasa dengar bunyi deruan air sungai, unggas beterbangan serta alunan gesekan kaki cengkerik. mmg kampung habes!!! haha. org tempatan kata, kita boleh jumpe the old part of japan kat situ. and i agree with that. buat washi tu mmg stylo. cuma kitrg tros gune je kulit kayu dah siap proses. kalo ikutkan hati nk je join pak cik tu gi carik kulit kayu kat hutan then koyak kulit pastu bancuh. tp kitrg just gune bancuhan yg dah siap pastu buat kertas. proses yg detail ak xnak bg tau korang. haha. pengalaman itu beharga. brg beharga xleh bg kat org. huhu. (poyos giles akus) xde la gurau je. nk tahu pm aku. haha. 

kawan kpd kwn aku : buat kertas je pun
aku : mmg buat kertas JEPUN
kawan kpd kwn aku : ... what evvver!

lastly nak bg tau, aku sangat2 tak suke teh jepun!!!! pahit giles. mase tea ceremony tu, org laen sume habes. tonggeng laju je bowl tea tu. aku just sip skit then letak dan mengamati permandangan hijau di depan mata tanpa rase bersalah. haha. seriusly aku tak suke. aku prefer tea o mak aku buat or syak buat or tapau buat or teh tarik mamak kot. huhu. teh susu syak buat pun sedap gak. but the best experience was to make friends with the japanese, chinese and korean students. it was very very nice to chat with them as i hope will enhance my japanese language. one more thing, this is the first time i did pray solat in front of them! (sebelum nih nak solat carik tmpat tersorok skit. huhu) we talked a lot about islam and malaysia too~ naisu!!! 

和紙 (washi) hasil tangan aku. chantekk!
aku takde terlintas langsung niat nak tulis banyak2. serius. ak mmg serius. gmbar leh ngk kt SeNGeH-SeNGeH tau!

p/s: Nico Robin adalah watak dalam manga/anime ONE PIECE. ape lak kaitan ngan post ni korg carik sendiri. then bg tau ak ape jawapan nye ye. slamat mencuba. haha

Friday, October 21, 2011

dot dot dot

eh?? blog sape nih??? berabuk nak mampos! anyway tumpang jap. aku nak tulis something.
...
...
...
...
...
...

Friday, September 9, 2011

Ryoko : Sehari Suntuk Dalam Keretapi

Baru je mendarat kat Narita dari KLIA semalam, hari ni aku dah bergerak untuk percutian kali terakhir untuk cuti musim panas kat Jepun ni. Kali ni aku, Syak dan Musu menyemangatkan diri ke Hokkaido!! Pulau paling utara di Jepun. Apa ada kat sana?? Aku pun masih samar-samar lagi tapi yang pastinya orang yang dah pergi kata best!!

Hari ni kami bukan terus ke Hokkaido. Kami akan bermalam kat salah satu bandar paling utara di pulau Honshu ni, Aomori. Tapi nak ke Aomori ni bukan sekali naik keretapi sekali turun je. Dengan menggunakan sistem tiket apa ntah, perjalanan ke Aomori ni mengambil masa hampir 16 jam dengan hampir lebih 10 kali tukar-tukar keretapi!!! Perghhh memang sakit punggung duduk lama-lama. Nasib baik dapat duduk kan haha. Kepala, tengkuk pun sakit dengan pelbagai aksi tidur. Nak melihat permandangan pun tak larat sebab lama sangat. Huhu. 16 jam dalam keretapi memang satu pengalaman yang seronok walaupun sedikit berbaur bosan. Haha. (nak main game iphone takleh sangat sebab nak jimat bateri). Malam ni akan tidur kat manga cafe dan esok akan sambung perjalanan ke Hokkaido!! Tak sabar~

#post ini ditulis semalam dan di publish hari ini~

Thursday, September 8, 2011

Diari : Tiada Post Pasal Raya

Aku taknak cerita pasal raya bukan sebab raya aku tak seronok tapi sebab aku malas. (ini pun nak kena bagi tau ke??) cuma buat pengetahuan korang alhamdulillah aku dapat beraya bersama keluarga di Malaysia. Walaupun seminggu tapi dapat beraya dengan keluarga memang sudah bersyukur sangat-sangat. Bukan senang nak balik dari Jepun ke Malaysia ni. Huhu. Nanti aku dah muat naik gambar raya aku bagi link. Ok chow dulu~

Sunday, August 28, 2011

Diari : Soro-soro~

Fuhh~ penatnya berjalan. Tambah lak bangun 'awal' tadi. Kol 2 dah ngantuk. Nak tidur dalam kereta api ni tapi tak leh lelap lak. Huhu. Apa lagi, tulis blog la.

Cuma nak bagi yang semalam aku pergi menonton bunga api (花火大会, hanabi taikai) kat sungai sumida, tokyo. Dikatakan antara terbesar di jepun dengan 20000 tembakan tapi bagi aku bunga api kali agak menghampakan. Tembakan yang tak berterusan dan hampir sama je corak tembakan. Bagi aku yang kat biwako hari tu lagi lawa dan menarik. Mungkin gak sebab itu bukan kali pertama aku tengok pertunjukan bunga api kot. Tapi aku seronok gak sebelum semasa dan paling seronok makan-makan selepas bunga api!! Thanks to those who were there last night!!

Malam tadi lepak tidur rumah raziz sebab pagi ni nak pergi shopping kat asakusa senang. Sebab lagi dekat kalau nak banding dengan rumah musu. Erm, aku gi beli sedikit buah tangan, cendere mata, cendera hati, dan macam-macam lagi. Tapi berpada gak aku beli sebab aku balik Malaysia bukan buat selama-lamanya. InsyaAllah boleh beli lagi masa depan kat depan lain lak ke. Huhu.


Balik ni kemas barang untuk balik Malaysia. Terpaksa beli bagasi yang lebih besar sebab bagasi yang aku bawa dari rumah dah la kecil pastu tayar pun dah hancur. (bagasi yang YPM bagi percuma tu) haha. Moga aku selamat sampai Malaysia untuk beraya bersama keluarga~ unsyaAllah

Friday, August 26, 2011

Ryoko : Odaiba

Salam semua. Sekali lagi aku dalam kereta api sambil tulis blog. Aku ke mana lak hari ni? Haha mestila pergi jalan-jalan. Tadi kami (aku+musu+hamdi+syak+chong) pergi お台場(Odaiba), satu tempat yang bagi aku sangat-sangat cantik dari segi seni binanya.

Thursday, August 25, 2011

Ryoko : Bandar Burung Hantu

dalam bahasa jepun, burung hantu dipanggil ふくろう (fukurou). itu je nak bagi tahu. haha

Tuesday, August 23, 2011

Japan!? : Transit

Satu benda yang aku paling suka kat Jepun ni adalah sistem kereta api mereka yang sangat-sangat best. bukan sebab kecanggihan kereta api tapi sebab sistem yang mantap dan sangat berguna. tak hairan la Jepun boleh jadi negara maju disebabkan kemajuan sistem kereta api mereka. 

Ryoko : Hatiku di Harajuku

Aku pertama kali dengar perkataan Harajuku ni masa zaman sekolah menengah dulu. Dulu ada sekali heboh orang baca novel Hatiku di Harajuku. Orang kata best tapi aku tak pernah baca pu . Masa tu ada gak baca novel tapi aku tak berminat lak novel tu. Haha.

Sunday, August 21, 2011

Ryoko : AKB48

Haha apa benda alahnya la AKB48 tu kan. Saja buat tajuk post yang kontroversi sikit. Haha. Tadi aku pergi akihabara dan tokyo tower. Berjaya gak sampai kat situ. Kali ni rahman yang guide kami (hamdi, yazid dan fakhri). sila bayangkan dengan positif ya!! Haha. Kalau dah selamat pergi dan selamat balik tu makna nya rahman berjaya sebagai tourist guide budak-budak kansai la. Huhuu.

Saturday, August 20, 2011

Diari : Off To Tokyo

...
...
...

Tiba-tiba rasa kekok lak sebab dah lama tak update blog. Haha. Padan muka aku. Siapa suruh malas...

Wednesday, July 20, 2011

Diari : Taufan!!!

Hari ni (semalam kot) aku kehilangan lagi sekaki payung dan menyebabkan aku membeli lagi sekaki payung seksi (payung lutsinar). Kali ni apa pula penyebab aku kehilangan payung lagi? Sebab yang sama cuma lebih menyedihkan atau aku boleh kata menyeramkan!?? Haha. Aku dibadai taufan hari ni. Payung aku lumpuh tatkala aku melalui Family Mart. Dengan perasaan geram berbaur malu, aku terus menerkam payung baru dalam Family Mart yang berharga ¥500. Taufan yang kuat hari ni melanda bahagian Kyushu tapi tempias taufan tu sampai kat tempat aku. Dari semalam hujan beserta angin kuat tak henti-henti. Aku yang ringan ni pun hampir ditiup angin haha. Tapi alhamdulillah tempias taufan kat sini tak berapa bahaya. Masih tahap selamat. Cuba ada juga la kejadian-kejadian sadis berlaku disebabkan taufan ni. Payung hancur tu biasa la. Orang naik basikal jatuh, papan tanda tunggang terbalik, kereta api tergendala dan macam-macam yang belum aku dengar lagi. Huhu. Jepun oh Jepun~ hujan emas beserta taufan pula......

mangsa taufan~
*nak pergi kelas semua orang nak naik bas sampaikan tiga bas aku lepas sebab penuh~. baru dapat tahu nama taufan tu Taufan Ma-On*

Friday, July 15, 2011

Diari : Stok Penuh!

yeah! bekalan dah penuh. bekalan makanan yang ibu kirim dah sampai walaupun banyak halangannya. haha. mula-mula pihak POS tak bagi sebab tak boleh hantar makanan. lepas tu terpaksa la ibu menipu kata nak hantar buku dan baju. haha. kelakar betul. disebabkan dah ambil masa lama persediaan nak hantar, ibu guna khidmat kapal terbang. lagi-lagi sebab ada ikan bilis. kalau guna kapal laut, lepas sebulan dah jadi ikan paus kot ikan bilis tu~ haha. ibu hantar tiga kotak. dua kotak sampai semalam dan satu lagi yang ada ikan bilis tak sampai lagi masa tu. bagi tahu ibu pasal tu dan ibu mula risau takut-takut dihantar balik kotak tu. mesti kena bayar kalau dihantar pulang. tapi kenapa pula ikan bilis boleh kena tahan kan. tak mungkin kastam Jepun ingat ikan bilis tu dadah sebab ibu kata ibu bungkus ikan bilis tu dengan surat khabar lepas tu plastik. dalam hati aku dah fikir bungkusan dadah pula. haha. tapi alhamdulillah pagi tadi selamat sampai satu kotak lagi. cuma yang kurang menariknya sebab satu bungkus milo yang 2kg tu pecah dan satu kotak dah disalut milo keras. haha. mandi milo semua benda dalam tu. dan yang pasti ikan bilis masih lagi ikan bilis. huhu. bekalan dah penuh. santan, perencah, rempah semua dah ada. cuma tinggal nak masak saja. haha.
terima kasih tapau~
jentera pertahanan
bahan kunyahan
askar yang bermandian milo
ibat gigi perisa milo!

*bekalan makanan dah ada. bekalan ilmu untuk peperikasaan minggu depan dah cukup belum izzat??? 9 kertas!

Wednesday, June 29, 2011

Diari : OH my Sunny!

kenapa lah sejak kebelakangan ni aku asyik malas je nak update blog ni. nak kata sibuk belajar untuk 期末試験 (kimatsu shiken : final exam) memang satu penipuan yang sangat besar. kalau pinochio yang cakap macam tu, 40 kaki panjang hidung dia. haha. tapi yang pastinya aku dah pun menulis di sini ya. nak cerita yang dah berapa kali hujung minggu dah kami (budak-budak RITS) ni dikunjungi oleh kawan-kawan dari dai lain. disebabkan kami ni agak "kampung" kalau nak dibandingkan dengan tempat-tempat lain macam Tokyo ke, jadi kalau dilawati oleh kawan-kawan tu memang gembira sangat lah. haha. ada juga kedengaran orang yang kata tempat aku ni 不便 (fuben : incovenient). haha.(sapa lah yang cakap tu~) aku memang tak boleh nak sangkal kot, sebab memang betul kalau bagi tetamu. huhu. tempat kami ni kalau dari 駅 (eki : rail station) memang agak jauh. naik basikal dalam 10~15 minit. ada kemudahan bas dan teksi tapi tertakhluk kepada jadual yang disediakan lah. kalau yang RAJIN sangat tu boleh jalan kaki. makan masa 30 minit juga kot. haha. lagi satu, kalau dari rumah kami ni nak ke tempat boling ke makan Raju ke main arcade kat BB ke memang kena jalan kaki lah. kalau nak naik basikal pun tak cukup kan. haha. しょうがないな~ (tak dapek den nak nolong do). disebabkan benda-benda macam ni la buat aku rasa rindu pula kat unta putih aku tu. kalau dulu kat TBP, pantang ada masa je mesti nak keluar. pukul 2-3 pagi pun boleh lepak kat KFC seksyen 21. boleh lagi usha-usha kak syuhada. haha. kalau ada kereta kat sini, memang senang aku nak angkut kawan-kawan jalan-jalan sana sini. haha. boleh ambil ISMAN  kat eki kalau dia datang~ tapi macam banyak masalah dari kesenangan kalau ada kereta kat Jepun. erm..... macam mana ek~ nak kereta..... (takut lupa cara bawa kereta nanti)

oh my sunny, i rindu u
rahman tetamu pertama
lepas tu budak-budak okayama datang sekali nak jumpa shahril sensei
































budak-budak kinki lak serbu ramai-ramai. yang terkini, minggu lepas izaan dari saitama datang dengan anas. terima kasih semua yang sudi datang. jangan serik datang tau. haha

Friday, June 17, 2011

RoboRobo : Ular Berbadan Segmen?

apa perasaan anda apabila berhadapan dengan encik ular hissss~? kalau Fizah kena lilit dengan ular dah nangis hisss~ ada pula yang macam nak makan ular tu hisss~ tapi aku tak rasa ada yang tak kenal ular hisss~ memang spesis dari planet nun-jauh-di-hujung-sana kot hiss~ kenapa la aku berhisss-hisss ni hisss~ saja nak timbulkan mood ular hiss~ haha. sebenarnya nak tunjuk video seperti di bawah ni hiss~ salah satu 研究 (kenkyuu: research) dari 馬先生 (Ma Sensei) hiss~ aku kagum dengan beliau yang mengiktiraf haiwan sebagai sumber idea bagi kajian robot  beliau hiss~ bukan setakat ular je, belalai gajah pun boleh buat robot hiss~ menarik sangat hiss~ haha. kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kajian beliau, boleh la lawat web ini hiss~


*sebenarnya tadi dah mula buat lawatan ke 研究室 (kenkyuushitu: research lab) bagi mendapat gambaran awal tentang kajian apa nak pilih bagi tahun depan*

Thursday, June 16, 2011

Diari : Selamat Hari Jadi Encik Musu

yeay hari ini hari jadi musu! jadi aku buat post ni khas untuk kau encik musu yang bergaya habis. aku malas nak telefon ke ucap kat facebook ke.  haha. jadi kau terima je la aku nak wish ni (kalau musu tak baca, sia-sia je la) tapi sebelum tu aku nak nyanyi dulu.

ok dah. dah nyanyi dah. sedap kan aku nyanyi. terima kasih semua yang mendengar. saya amat menghargai anda semua. huhu. (gila budak ni) bukan nyanyian je aku bagi kat musu, aku nak bagi kad-kad ucapan juga. haha. sebenarnya dah bagi dah encik musu pagi tadi melalui sms tapi nak bagi lagi. ok SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN  KE-21 kepada MUHAMAD MUSU BIN IBRAHIM!!

ucapan dari amira
ucapan dari aku
erkkk... ucapan dari ariff syukri

Tuesday, June 14, 2011

Diari : Dinner Dash

duduk Jepun ni bagi orang Islam orang kata susah nak cari makanan. kena jaga halal haram. nak beli makanan tu kena seledik dulu bahan-bahan kalau-kalau ada arak atau bahan-bahan yang tak boleh dimakan. lagi-lagi kalau ada najis mughalazzah tu. hari tu aku pergi kedai nak beli barang dapur sakit juga nak mencari barang. mana tidaknya, masa kat Malaysia tak pernah ikut ibu pergi pasar. dedaun dengan sayuran pun masih samar-samar nak bezakan. padan muka. jadi terpaksalah buka kamus kat iphone untuk translate, tapi malangnya tiada kamus dari bahasa melayu ke bahasa Jepun. terpaksalah alih bahasakan ke bahasa inggeris dulu. malu sebenarnya nak cerita. haha. (tak makan sayur sebab tu tak kenal sayur)

apa yang aku nak cerita sebenarnya pasal kesusahan nak cari makanan kat sini. orang kata susah pun tapi aku rasa mewah je makan kat sini. cuba tengok gambar kat bawah tu itu baru salah satu dari makan malam setiap malam kami. paling tidak pun hari-hari mesti lauk ayam. kalau tidak pun daging. kalau rajin mesti ada masak sayur. dan tidak lupa bekalan buah yang selalunya dalah pisang. bekalan air sejuk sama ada apple tea atau air kopi dalam peti ais macam sentiasa ada je. kalau skype dengan ibu, bila ibu tanya makan apa mesti ibu senang hati. ibu risau je kalau anak dia asyik makan maggi atau lauk telur dengan kicap. ibu kata, ibu kat Malaysia pun makan lauk simple je (kalau ibu seoarang duduk rumah). bagi aku makan bukan masalah la kat sini. berat aku pun menaik rasanya. huhu. lagi-lagi masa makan malam layan wayang. perghhh memang masyuk. tadi layan shrek 4. sebelum ni kami habiskan 3 episod pirates of the caribbean. lepas tu sambung dengan red riding hood. selagi ada cerita blu ray yang dimuat turun oleh encik tapau mesti nak tengok punya. aku rasa bersyukur la satu rumah dengan encik syakirin dan encik tapau. mereka masak sedap. tapi aku masak.... erm lagi sedap. haha.

malam semalam istimewa sebab ada tembikai!

Saturday, June 11, 2011

Diari : Mereka Mempermainkan Saya

Haha dalam sebulan ni sahaja aku dah beli dua umd game untuk PSP merah aku yang comel tu. mula-mula aku tak berapa nak pandai beli secara atas talian (online) ni. pertama kali nak beli game original, jadi teruja sangat la. pergi kedai jumpa game yang bekenan, terus beli je. harga belakang cerita. bila encik syakirin berjaya membeli game ps2 GRANDIA 2 melalui atas talian, aku pun mula berjinak-jinak dengan online shopping ni. cari punya cari jumpa la satu lagi game terbaru yang murah gila. PATAPON 3! game ni baru keluar tahun ni dan aku memang nak beli. cari kat kedai semua dalam bahasa Jepun lagi tapi terjumpa kat RAKUTEN (online shop) yang bahasa Inggeris menggerak-pantaskan jari jemari ini untuk click beli terus. lagi-lagi dah ada kad kredit ni. semakin galak la aku nak mengalirkan duit ni. haish~ kena lebih berhati-hati la lepas ni. tapi seronok gila main PATAPON 3!! ada guna juga PSP merah aku yang comel ni

lepas ni game apa pula????
  *ada tiga lagi repot yang nak kena siapkan. ada banyak lagi quest dalam PATAPON3 yang nak kena habiskan*

Tuesday, June 7, 2011

Diari : Rindu Mereka

aku dah mula rasa rindu kat makhluk dua ekor tu! dah lama tak jumpa makhluk seperti diorang. tambah lagi dengan kucing kat sini sombong sangat. geram aku! lepas tu nak pergi zoo tak ada kesempatan lagi. hari tu nak pergi zoo kyoto ada pula senpai nasihat tak payah pergi sebab bosan sangat. aku pun tak faham apa yang bosan tu jadi aku pun tangguh la nak pergi zoo. tapi aku cadang nak pergi akuarium kat Osaka tu. dengar cerita besar gila. mungkin boleh jumpa encik paus kat sana. haha. rumah aku ni tak boleh bela binatang. kalau nak bela pun macam sibuk juga nak jaga. nanti bila cuti nak berjalan-jalan tak ada siapa nak jaga nanti. bila rindu dah membuak-buak, aku pun pergi la cari buku kat perpustakaan. cari fasal binatang la! bukan baca sangat pun. cuma belek-belek gambar je. haha. bahasa Jepun kot

buku mengenai migrasi haiwan

bila skype dengan mak aku, mesti nak tengok beliau ni

mak aku cerita minah ni dah gemuk!
*teringin nak jumpa encik panda kat Jepun ni*

Sunday, June 5, 2011

Diari : BBQ

Hari ni aku sertai parti bbq yang dianjurkan TISA. Aku dah bagi tahu TISA tu apa kan? Jadi tak perlu cerita. Aku tak nak cerita tentatif parti tu. Semua orang dah tahu. Mestilah datang dulu, duduk, 自己紹介 (berborak dengan ahli meja), panggang makanan, makan, main permainan, bergambar dan sewaktu dengan nya. (alamak dah tercerita lak). Tapi yang aku nak tekankan pasal komitmen serta usaha penganjur dalam menyediakan makanan untuk orang islam iaitu kami. Kalau fikir balik memang macam mustahil orang jepun nak buat satu parti yang majoriti orang bukan islam tetapi dalam masa yang sama nak sediakan makanan halal untuk orang islam yang minoriti. Orang nogori cakap "buang maso ngan boreh den yo".

Cerita sebenar macam ni. Selepas aku dan rakan-rakan RITS yang lain (@KAMI) sertai program TISA yang main twister tu, mereka ajak kami datang bbq. Batch kami adalah yang mula-mula menjalinkan hubungan dengan TISA ni. Jadi mereka teruja orang yang tidak bermata sepet sertai program yang mereka buat (biasa orang jepun, korea dan china je). Tapi kami beri tahu yang kami ada masalah dengan makanan terutama daging (dah tentu bbq tak kan panggang rumput je). Jadi kami seakan menolak pelawaan mereka. Aku ingatkan mereka ajak-ajak ayam je tapi mereka serius nak kami datang. Jadi mereka pun tanya macam mana nak menghalalkan parti bbq ni untuk kami. Buat mesyuarat juga la. Kami bincang pasal kami tak makan babi, daging kena sembelih, makanan dan sake•alkohol tak boleh bercampur dan macam-macam. Kami siap bagi tahu pasal tanda halal dan sebagainya. Kami ada juga cadangkan yang kami nak uruskan pasal ayam tapi mereka guna catering, jadi susah nak urus semul. akhirnya perbincangan tamat dengan mereka kata mereka cuba uruskan mana termampu.

Mula-mula aku sangsi juga mereka ni nak tunaikan tuntutan rakyat islam ni. Huhu. Jadi bila tiba hari parti kami berpakat yang kami akan pergi dan kalau tiada daging halal, makan sayur dan minum air sampai 600 yen (bayaran masuk bbq). Paling tidak enjoy kan diri dengan main permainan. (sebenarnya kan aku sebelum pergi sempat makan nasi sebab takut datang lapar je). TAPI bila sampai je aku punyalah terkejut beruk. Dekat pintu masuk parti tu ada tanda halal yang huruf arab tu. Besar kot. Gelak aku. Terkejut. Lepas tu siap bagi kamo lencana halal. Aku pun dah rasa 安心 (anshin:lega). Rupa-rupa mereka sediakan satu tempat panggang khas untuk makanan halal iaitu seafood. Yaki soba (macam mee goreng kot) masak kat tempat sama tanpa daging. Lepas tu lencana halal untuk mereka edarkan aiskrim khas untuk kami. Kelakar la. Aku tabik spring dengan usaha mereka. Mereka memang ambil tahu la. Lagi satu aku ingat kami je otang islam yang datang. Rupa-rupa yang bangladesh, indonesia dan ~~~tan (negara yang bunyi macam uzbekistan, kazastan) pun ada. Mungkin mereka dah iklankan ada makanan halal disediakan kot. Syabas untuk TISA dan aku enjoy!

mereka kuat makan

kumpulan zirah menang permainan dapat medal

みんな最高!

Friday, June 3, 2011

Muhasabah : Kerana Doa



Melangkah jauh tanpa arah dan tujuan
Bumi nan subur ini ku rasakan gersang
Di dalam terang kegelapan
Seakan ku hanyut di daratan
Ku ingin pulang ke pangkalan
Pabila mata hati dan minda terbuka
Bertandang keyakinan terhakis curiga
Putaran masa pasti melengkap
Jarak dan ruang bukan sempadan
Tuhan ku teramat penyayang
Aku tahu Kau selalu
Bersama ku
Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pinta ku jadi bebanan
Ku percaya kerana doa
Bertitian tiap waktu
Dengan izin Mu ku kembali ke pangkalan ku
Tak sesaat kau biarku keseorangan
Tak sesaat pinta ku jadi bebanan
Ku percaya diri ini memerlukan
Ku percaya doaku yang mengeratkan

Friday, May 27, 2011

Japan!? : Jom Main Hujan

sekarang ni dah nak masuk bulan enam atau Jun. kalau kat Jepun ni dah sampai masa masing-masing show-off  fesyen payung sendiri. tak kisah la nak payung ada renda-renda ke, payung bunga-bunga atau payung pasar malam. tapi bagi aku yang aku suka payung tembus cahaya (lutsinar la~) aku rasa payung tu seksi. haha sebab......sebab seksi la.huhu. aku ada satu tapi yang beli kali kedua. (yang pertama tu....). kenapa aku cerita pasal payung lak ni? haha secara konklusinya sekarang ni dah masuk musim hujan atau orang Jepun panggil 梅雨 (tsuyu). kalau kat Malaysia istilah yang sama maksud ialah musim tengkujuh. (kot). bawah ni beza tempat aku sekarang dan seremban, Malaysia. (apa bezanya?? oh petir~)


musim hujan kat sini berlanjutan dari penghujung musim bunga hingga awal musim panas bermakna antara bulan Jun ke Julai. kalau kat Malaysia musim tengkujuh terhasil akibat pertukaran monsun. di Jepun juga perkara yang hampir sama berlaku iaitu angin lembap dari kawasan Pasifik akan bertembung air panas dari tanah besar China. pertembungan ini berlaku sekitar Taiwan, Korea Selatan dan yang pastinya kepulauan Jepun yang menjalar panjang ni. huhu. (kata sang wikipedia). 


malas nak terangkan pasal gambar
yang pastinya aku tak berapa selesa la hujan kat sini. sejuk memang satu hal la, kalau dah hujan nak berpayung aku macam dah fobia. kalau nak naik bas mesti sesak dan kemungkinan untuk gagal menaiki bas adalah tinggi. (sob...sob...pernah kena). hujan berangin. kasut bermandi air. lagi satu........ aku pernah kena splash air masa jalan kaki. kereta tu laju sangat langgar lejak. masa tu pula aku lalu dan ....... ok la nak mandi air hujan dalam bilik mandi (shower). huhu.






*gambar hiasan*


Wednesday, May 25, 2011

RoboRobo : Beliau Bergaya

dalam banyak-banyak hari, selain hari raya, aku paling suka hari rabu. sebab hari rabu best~ haha. kalau kat sekolah dulu hari rabu hari kokurikulum. semua orang pakai pakaian beragam. なつかしいな~ (nostalgia giler)<--macam tak kena je terjemahan ni?? eh, kenapa aku suka hari rabu lak?? sebab hari rabu adalah hari robot. haha. hari rabu kelas dari pagi sampai petang. pagi-pagi dah ada 実験(experiment) lepas tu アクチュエーター(actuator) dan ロボット運動制御(robot motion control). ketiga-tiga subjek ni mesti bermain dengan robot. macam kat tadika waktu rehat dapat main permainan. LoL~ dua kelas yang akhir tu wajib tengok video pasal robot. memang best. masa video semua berjaga tapi lepas tu boleh sambung tidur. haha. itu sebab hari rabu seronok sangat.

tapi tadi memang aku terkesima tengok video yang sensei pasang. aku mula kagum dengan benda yang aku paling tak suka. tiba-tiba rasa berterima kasih lak atas kewujudan makhluk tu. aku mula sedar kebencian aku terhadap makhluk tu sebenarnya sia-sia dan sebaliknya orang lain yang menyukai makhluk tersebut dah berhasil mencipta sesuatu yang boleh buat duit (ceh, ayat nak puitis je) ruginya aku~ huhu


pagi tadi aku jumpa makhluk dalam gambar kat bawah ni. besar! adakah aku patut suka kat makhluk ni atau buat-buat tak tahu je. mungkin boleh jadi idea bila-bila masa nanti. haha. comel~


*ボーリング大会 (bowling tournament) and 5 中間テスト (mid-term exam) is around the corner*

Monday, May 23, 2011

Diari : Minggu Punya Hujung

kelmarin sabtu sekarang isnin pagi. hari sabtu aku pergi membeli-belah kat area 三条(sanjo) , 京都(kyoto). aku pergi beli お土産(omiyage: cenderamata) untuk keluarga aku kat Malaysia. ala beli benda-benda simple untuk hantar Malaysia sebab nak hantar duit sekali. aku pergi sana dengan nadiah dan hafizah. masing-masing tak pernah pergi jadi kitorang redah je. kat sana memang best la untuk shopping kot. orang kata macam petaling street. (aku pernah pergi ke petaling street tu??). macam-macam gak beli. hampir 2万(20000¥) gak aku habiskan. huhu. tapi seriusly aku cakap yang bershopping dengan duit terhad ni memang tak best langsung. haha. dah memang kena berjimat nakbuat macam mana ek.....

ini sebahagian dari jalan yang kiri-kanan ada kedai. ada banyak lagi yang macam ni
singgah makan kat restoran makanan india, raju
 semalam hari ahad sekarang isnin pagi. aku tak keluar rumah langsung hari ahad. atau lebih sinis kalau aku cakap aku tak pijak tanah dan say hello kat matahari pun. haha malas nak keluar. zirah ada ajak pergi pesta gendang kat 野洲(yasu) tapi aku ada sebab untuk tak pergi. aku bangun "agak" lambat la. bangun-bangun je dah bau sedap. rupa-rupanya syak tengah masak nasi lemak. pergh... syak memang terbaik. nasi lemak guna susu segar pun boleh tahan gak rasanya. makan dengan telur dadar dan sambal ikan bilis. sambil makan, layan tv 40inci memang terbaik. lepas makan main game~

nasi lemak dan remote control tv yang panjang
set ruang tamu yang best. karpet pun baru. berbulu-bulu lagi.
*isnin ada kuiz math. rabu dan jumaat kena hantar report. minggu depan pula ada 中間テスト(mid-exam). tapi hujung minggu jadi malas lak. adey~*

Wednesday, May 18, 2011

Muhasabah : Theory and Practical

kenapa aku nak cerita mengenai teori dan praktikal lak? mungkin tiba-tiba aku rasa aku kena betul-betul bezakan antara teori dan praktikal. tapi macam susah je kalau guna perkataan teori dan praktikal ni. cuba aku guna simulasi dan realiti. dah macam ロボット運動制御実験(robot motion control) lak. lagi susah nak faham. huhu. sebenarnya aku nak bagi tahu satu perkara yang semua orang dah tahu kot. kalau kita tahu teori mengenai sesuatu perkara je tapi kita tiada pengalaman secara praktikal di dunia nyata, itu belum lagi membuktikan kita sudah arif (bukan ariff syukri) tentang perkara tersebut. *aku pun dah pening dengan ayat aku* ermm...... aku rumus kan terus je la. BERILMU TANPA AMAL bagaikan SIA-SIA dan BERAMAL TANPA ILMU dah macam ORANG GILA. itu yang biasa kita dengar kan. lebih kurang la dengan apa yang aku nak sampaikan. sebenarnya semenjak belajar hidup di negara orang ni, dah macam-macam pengalaman aku dapat. aku dah mula berjinak-jinak untuk mengasah skill memasak aku. aku tahu garam tu masin lagi memasinkan, gula tu manis lagi memaniskan, asam jawa tu masam lagi memasamkan. (macam ayat musu lak) tapi belum tentu lagi sekali aku masak dapat masak sesuatu masakan dengan rasa yang sempurna. oh tidak sama sekali. hari tu first time masak sambal ikan bilis terlebih asam. kali kedua kurang gula lak. tapi bila kita praktik macam try and error tu lama-lama kita faham la garam tu macam mana masinnya, gula tu semanis macam mana. lagi-lagi gula malaysia tak sama dengan gula jepun. dah banyak kali praktis boleh jadi legend macam tapau. jadi teori dan praktikal tu perlu. apa yang aku nak cerita mengenai teori dan praktikal ni banyak gak kaitan dengan pembelajaran aku. aku tahu untuk menggerakkan robot arm 3 DOF, dengan mengaitkan 目標手先位置(desired arm position) dan 関節角(joint angle), aku boleh guna 逆運動学(inverse kinematics)atau ヤコビ行列(Jacobian). tapi aku tak tahu lagi macam mana yang kaitkan semua ni dalam programming!!!!! (ada kaitan ke dengan tajuk post ni??) adeyhh... 

baru tengok cerita RIO! burung yang hanya tahu teori untuk terbang tapi tak pernah terbang di dunia nyata. (burung deskedo)
*pening kepala dengan programming untuk tangan robot*

Sunday, May 15, 2011

Japan!? : ツイスター(twister)

tadi aku sertai aktiviti kat 大学(daigaku:universiti) yang dikelola oleh satu team yang diorang panggil TISA. aku lupa lak TISA tu singkatan untuk apa. tapi TISA ni anjurkan program-program untuk 留学生(ryugakusei:pelajar asing). aktiviti utama yang kitorang buat, main game ツイスター atau twister dan explorace. so aku nak cerita pasal game yang kitorang main tadi. aku mula ingat game ni asal daripada jepun sebab pertama kali tahu kewujudan game ni masa tengok drama jepun. rupa-rupanya bila baca kat wikipedia, game ni asal dari amerika dan macam-macam hal pasal game ni. dan mungkin gak lain tempat, lain la cara permainan ni kot. tapi aku nak cerita pasal game yang aku main tadi. permainan ni memerlukan macam tikar game yang besar (tikar kew?? papan kot). huhu. kat atas papan tu ada bulat-bulat yang diwarnakan dengan warna 黒,緑,赤,青 (kuro:hitam, midori:hijau, aka:merah dan aou:biru). susunan bulat-bulat warna ni aku rasa suka hati kot. warna pun optional kot. suka hati je nak warna apa.

contoh papan permainan
 cara nak main, first beberapa orang akan diri kat atas tikar ke papan ni. ntah la. bilangan orang ikut saiz papan game. lepas tu seoarang yang kendali game ni akan ade satu set arahan. beliau ni akan shuffle kad arahan tuh dan ambil ikut susunan selepas shuffle. arahan dia senang je. contoh; tangan kanan warna hijau. atau pun kaki kiri warna hitam. dan seumpamanya. selapas satu arahan pemain akan gerakkan tangan atau kaki diorang seperti dalam arahan. permaianan akan berterusan dan siapa yang gagal gerak macam arahan dilira kalah dan akan keluar dari permainan. semasa permaianan pemain tak boleh meletakkan anggota badan bukan pada tempatnya. contoh macam tak boleh melutut atau duduk terus. lagi satu tak boleh tolak-tolak pemain lain. itupun dikira batal. aku cerita macam ni pastu korang baca je memang tak nampak sangat. cuba korang search kat internet untuk tahu lebih lanjut.
zirah sempat posing dengan gaya macam tu sekali

satu tempat tu selagi tercapai masuk je

chong dan syak gaya memang best

pergerakan suka hati tapi ikut arahan

hujung jari pun boleh
yang pentingnya tadi aku main tiga round dan aku berjaya bertahan sampai habis masa dan kumpulan aku juara bersama. (sebab masa final seri bilangan orang yang bertahan sampai masa habis) memang seronok main game ni. menguji flexibility badan. huhu. cuma yang perempuan kena berhati-hati gak untuk main supaya tak beraksi sangat. kalau main campur lelaki perempuan pun kena jaga lebih sedikit. faham-faham sendiri la ya. 

untuk gambar lebih lanjut sila layan SeNGeH-SeNGeH~